Pengalaman pertama kali menDJ

Lucu betul bila saya ingat sewaktu percubaan kali pertama menDJ di utara.fm ini. Apa tidaknya, pada ketika itu suara saya macam mau keluar macam inda. Perasaan malu dan gementar bercampur aduk dan akhirnya suara menjadi gugup.. Adeh.. malunya..

Antara pendengar yang ada mendengar radio ketika itu ialah Tuan kulanz, Tuan Pinsan, DJ rumputt, Puan Baby, PuanSriCT, Tuan fXsNiper dan dygku kalau nda silap. walaubagaimanapun respons daripada mereka ini sangat positif dan sempat lagi PuanSriCT minta lagu dangdut.. Hihihi...

Pada masa itu baru 3 orang sahaja DJ di utarafm iaitu DJ rumputt, DJ siiputt dan saya sendiri yang dahulunya dikenali sebagai ponetfm dan atas tunjuk ajar DJ rumputt sekarang ni semakin yakin sudah untuk menDJ menghiburkan rakan-rakan pendengar di utarafm. Sekarang baru saya sedar sudah masuk lapan bulan saya menjadi DJ secara sukarela di utara.fm "Macam Biasa Juga bha"

Popular Posts

Popular Posts