Pertandingan shuffle di Kota marudu, SABAH



antara aksi menarik mereka

Bersempena dengan konsert Felix Agus satu pertandingan street dance telah diadakan di Astaka padang Kota Marudu untuk menarik minat para belia di daerah ini menonjolkan bakat mereka dalam tarian ini. Kesemua peserta yang bertanding rata-rata di kalangan mereka terdiri daripada pelajar sekolah dan aktiviti seumpama ini boleh membantu mereka mengembangkan bakat dan mengurangkan budaya melepak. Tahniah kepada semua yang telah berusaha..

MINI KONSERT FELIX AGUS DI DEWAN KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH





26 September 2009, Kota Marudu : Mini konsert yang dianjurkan oleh D'Sulap Entertainment dengan kerjasama Utara.FM dan Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd. diserikan dengan persembahan artis antarabangsa iaitu Nazrey Johani (Raihan). Mini konsert ini juga dihadiri oleh YB Puan Anita Baranting, ADUN N. 5 Tandek yang telah memakai baju Utara.FM sebagai tanda sokongan kuat kepada Utara.FM. Pada paginya berlangsung pertandingan Street Dance dan Auto Show yang telah berlangsung dengan jayanya di bawah kendalian Monster Crew Car Club.
Usah Putus Asa

Usah Putus Asa

Ketahuilah sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU
Anugerah Kehidupan

Anugerah Kehidupan

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
Celcom bermasalah di Pitas?

Celcom bermasalah di Pitas?

Kecewa, sakit hati dan boring. Dari pagi tadi sampai ke malam saya langsung tidak dapat membuat panggilan telefon dan membuat pesanan mesej ringkas. Nasib baiklah saya bukan orang bisnes, kalau tidak boleh rugi besar sudah ini.. Haha... Apalah masalah Celcom ini... Tunggu jelah sampai line dia bagus..

Adi Silantra (MuzikFM) bersama UtaraFM di Gerai Ponet


Selamat mendengarkan bersama utaraFm kali ini Utarafm menampilkan seorang Dj profesional iaitu DJ Ady Silantra (Muzikfm) sebagai tetamu/Personaliti Hari Raya. DJ Ady Silantra mengendalikan rancangan Geng - Geng Tengah malam dan Carta 20 MUZIKfm..

Walaupun masa amat menyemburui kami, UtaraFM sempat menemubual DJ Ady Silantra dan pendengar bertuah yang mendengar radio pada ketika itu berpeluang beramah mesra dengan beliau melalui ruangan chatting. Dj Ady Silantra ada membacakan permintaan lagu untuk ditunaikan dan berkongsi tips dengan pendengar bagaimana untuk menjadi seorang penyampai radio yang baik. Memang spoting betul personaliti radio ini.


Streamyx down


Inilah hal yang paling tidak disukai oleh kaki internet. Apa tidaknya terpaksalah menanggung kesunyian. Suka atau tidak terpaksa juga terima. Inilah yang berlaku 3 hari yang lepas dan bukan saya seorang sahaja yang kena tapi satu kampung. Alhamdulillah malam ini macam beransur baik dan dapatlah saya buat pos di sini dan mendownload movie untuk malam ini.

selepas cuti raya selama tiga hari mau beraksi semula ni.. Hehe

DJ AKU di gerai Ponet






Ini adalah kali pertama berjumpa DJ AKU secara empat mata. Jika sebelum ini hanya mendengar suara beliau di UTARAFM sahaja kini dapat jumpa beliau secara "live". Perjumpaan biasa tadi dibuat di dataran Bengkoka sebelum balik ke Gerai Ponet untuk meneruskan cerita-cerita dan terus mencuba untuk MenDj dari gerai POnet...

DJ AKU sebenarnya baru sahaja balik ke daerah Pitas kerana beliau bekerja di Negeri Melaka. Jauh tu.. Dari kami, selamat bercuti kepada DJ AKU.. Mimang spoting betul tau DJ AKU nie..

Meriam buluh


Baru teringat buat pos pasal meriam buluh ini. Kalau urang kampung bilang "mariam bambu". Teringat masa kecil-kecil dulu memang siuk pula main meriam buluh walaupun sudah ditegah berkali-kali tetapi tetap juga main. Besar risiko bermain meriam buluh kerana berkemungkinan buluh yang digunakan akan meletup dan pecah yang menyebabkan kelecuran atau kecacatan kekal pada muka. Adeh.. terus kurang saham kalau hal ini berlaku. Jadi apalagi fikir-fikirlah dulu sebelum bermain meriam buluh ya.. Layan bunga api jak.. Hehe

Cinta? Apa tu?

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

- Saidina Umar Ibnul Khattab –

Berbuka Puasa di Bangunan Yayasan Sabah



Petang tadi satu majlis berbuka Puasa diadakan di Bangunan Yayasan Sabah anjuran warga Kumpulan Yayasan Sabah. Kami pelajar Kolej Yayasan Sabah telah dijemput hadir untuk berbuka bersama-sama dengan pengarah Yayasan Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil Datu Hj. Jamalul.

Siapa kawan sebenarnya


Setiap dari kita mempunyai sahabat dan pastinya kita mahu menghargai dan dihargai oleh sahabat. Sahabat adalah teman sehidup semati, sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat seorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira tetapi sentiasa ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga adalah seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Sahabat umpama 1000 orang kawan.

Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita sedang bergembira kawan akan muncul disisi untuk sama-sama bergembira tetapi bila kita sedang sedih dan terluka tidak kelihatan seorang pun mereka dan kalau ada pun datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....

Dengan siapa kita berkawan sekarang sahabat atau kawan?
Majlis berbuka Puasa UtaraFM di rumah Tuan Sanguru bersama YB Anita  Baranting, ADUN N.5 Tandek

Majlis berbuka Puasa UtaraFM di rumah Tuan Sanguru bersama YB Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek


Program berbuka puasa yang dijalankan di rumah Tuan Sanguru atau Encik Androd Sadian, Penasihat Utara.FM telah dihadiri oleh ADUN N.5 Tandek, YB Puan Anita Baranting. YB juga telah mengesahkan untuk hadir ke acara Rumah Terbuka KUSNET sebagai tetamu jemputan yang dijangka akan diadakan pada 3 Oktober 2009. Terima kasih kami ucapkan kepada YB atas komitmen dan kesungguhan dalam membantu segala aktiviti yang dijalankan oleh Utara.FM dan SAM.

Walaupun sibuk dengan beberapa majlis yang dihadiri tetapi masih mempunyai masa untuk bersama-sama kami di sana membuktikan beliau adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat.
Makan malam bersama DJ ALDUSUNI dan Tuan Dinakan

Makan malam bersama DJ ALDUSUNI dan Tuan Dinakan

Saya baru sahaja balik dari Anjung Selera, di Tanjung Lipat makan malam bersama DJ ALDUSUNI dan Tuan Dinakan. Seronok pula saya mendengar cerita OTAI dari Suara Anak Marudu ini sehingga jam menunjukkan hampir 12 tengah malam macam baru jam 8 malam. Mereka telah berkongsi sedikit cerita pahit dan manis mengenai pengalaman hidup (walaupun ada lagi yang disembunyikan tu... Hehe) dan secara peribadi saya sangat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada sahabat mereka. Ini adalah kali kedua saya makan malam bersama dengan mereka (kalau malam-malam kan best.. Hihi).

Apapun terima kasih saya ucapkan kepada Tuan berdua atas jemputan tersebut dan kepada DJ ALDUSUNI menyusahkan tuan saja pula datang jemput saya.. Semoga tuan berdua akan terus sukses dalam kerjaya yang tuan ceburi.
Check Skill Bersembang

Check Skill Bersembang

Berikut ada beberapa saranan yang disarankan oleh Dr. David Woodfellow, pengarah center of relationship. Therapy Atlanta, Amerika Syarikat berhubung komunikasi berkesan di dalam perhubungan. Mungkin saranan ini boleh jadikan tips untuk memperbaiki komunikasi kamu dengan sahabat.

KETIKA MARAH


1. perlahankan suara dan nada bicara kamu sewaktu memulakan perbualan. pasa mulanya memang ahak sukar untuk melaksanakannya. Namun jika kamu sudah terbiasa untuk mengawal perasaan marah. lama-kelamaannya semuanya akan jadi biasa.

2. Hindari kata-kata yang boleh menyinggung perasaan sekali gus boleh menimbulkan perasaan tidak suka sahabat.

3. Elakkan penggunaan kata-kata yang berkaitan dengan kekurangan fizikal atau lain-lain kelemahan yang ada pada sahabat.

4. Fokus, jangan membawa masalah lain yang tidak mempunyai hubung kait dalam permasalahan yang sedang kamu alami ketika itu.

5. Sewaktu perasaan marah baru mula menguasai diri, gunakan waktu 20 minit untuk saling berdiam diri bagi meradakan ketegangan.

KOMUNIKASI BIASA

1. Luangkan waktu 20 minit untuk berbual tentang apa sahaja seaktu kamu dan sahabat baru bertemu

2. kalau boleh luangkan waktu sepetang bersama sahabat sambil bersiar-siar atau bersenam.

3. Jangan bangkitkan isu-isu perbualan yang boleh menimbulkan ketengangan

4. Jadikan perkara-perkara berikut sebagai kebiasaan

JIKA HUBUNGAN BERMASALAH


1. bincangkan secara terbuka tentang punca perbalahan itu boleh berlaku

2. cuba cari jalan penyelesaiannya bersama-sama

3. bentuk satu keputusan yang rasional sekali gus boleh memuskan hati kedua-dua pihak.

CONTOH KATA-KATA NEGATIF

jaga hati sahabat sama seperti kamu mahu orang lain menjaga hati kamu. berikut adalah antara perkataan-perkataan yang tidak seharusnya kamu lafazkan terhadap sahabat meskipun kamu sedang berada dalam emosi marah terhadapnya.

1. makian

2. kata-kata yang menunjukan sikap tidak menghargai seperti: kata ganti diri kasar seperti kau, aku (kecualilah jika kata-kata itu kamu gunakan setiap hari). bodoh dan sebagainya selain itu elak menggunakan kata-kata yang menjuruskan tentang kekurangan fizikal sahabat dan sebagainya

3. kata-kata yang bersifat 'menghukum' sahabat seperti penipu, pemboros, pengecut dan sebagainya.
-Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu...

-Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang...
EJEN jualan Tiket Konsert Felix Agus

EJEN jualan Tiket Konsert Felix Agus

Senarai di bawah adalah ejen rasmi yang dilantik Utara.FM untuk jualan tiket Mini Konsert Felix & Friends:

Kota Marudu
Compact®Dot Com
Lot 33, Pekan Goshen
89108 Kota Marudu.
Tel : 088 662331
contact person: Mr. Henny Chui .S.M

Pitas
DG Komputer
Pekan Baru Pitas
Gerai Am No.13
89100 Pitas
Tel : 088 615590
contact person: Pn. Suzana Udang
tamunupitas.blogspot.com

Pitas
Syafaat Enterprise / Wisma Utara
Gerai Kg. Pinggan-Pinggan
Jalan Pitas, 89108 Kota Marudu.
tel : 013 8893001 Fax/tel: 088 663769
contact person : Mr Wady.
syafaatenterprise.com

ejen-ejen di kawasan lain akan diberitahu dari masa ke semasa

pilihan lain : secara online.. klik sini
10 Rules 2 Stay Young

10 Rules 2 Stay Young

1. Throw out nonessential numbers. This includes age, weight and height.Let the doctors worry about them. That is why you pay "them!"

2. Keep only cheerful friends. The grouches pull you down.

3. Keep learning. Learn more about the computer, crafts, gardening, whatever. Never let the brain idle. "An idle mind is the devil's workshop." And the devil's name is Alzheimer's.

4. Enjoy the simple things.

5. Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath.

6. The tears happen. Endure, grieve, and move on. The only person, who
is with us our entire life, is ourselves. Be ALIVE while you are alive.

7. Surround yourself with what you love, whether it's family, pets,
keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge.

8. Cherish your health: If it is good, preserve it. If it is unstable,improve it. If it is beyond what you can improve, get help.

9 Don't take guilt trips. Take a trip to the mall, even to the next county; to a foreign country but NOT to where the guilt is.

10. Tell the people that you love them, at every opportunity.

AND ALWAYS REMEMBER:

Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.
PERTANDINGAN CAR SOUND SHOW sempena Mini Konsert Felix Agus n' Friends

PERTANDINGAN CAR SOUND SHOW sempena Mini Konsert Felix Agus n' Friends

Pada pagi sebelum Mini Konsert Felix Agus & Friends akan diadakan program seperti berikut.

PERTANDINGAN 'CAR SOUND SHOW' TERBUKA UTARA

Tarikh : 26/9/2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Perkarangan Dewan Kota Marudu

HADIAH :
Johan - RM500,
Kedua - RM300,
Ketiga - RM200

YURAN : RM200 (PERCUMA : Titan Power Motor Oil , CD Album Baru Felix Agus dan dan Tiket Konsert)

Terus mendengarkan utara.Fm untuk info-info terkini mengenai Konsert tersebut dan berkemungkinan anda berpeluang untuk mendapatkan tiket percuma semasa konsert nanti.

Majlis berBuka Puasa Utara.Fm

Pada Hari Jumaat (28hb Ogos 2009) satu Majlis berbuka Puasa telah diadakan di Gerai Ponet yang dihadiri oleh beberapa DJ, AJK Tertinggi, Ahli KUSNET/SAM sekeluarga dan pendengar Utara.FM ada bersama-sama dalam program tersebut. Lewat sikit buat Pos masih sibuk lagi siapkan kerja.. Di sini saya sertakan gambar buat tatapan semua..


Blog Archive

Popular Posts

Popular Posts