Idola saya - Black Mentor memang mantap
Bukan senang untuk menyanyikan lagu-lagu beliau sebab kalau belum cukup latihan mesti kapus-kapus juga. Walaupun masih muda tetapi beliau amat bertuah kerana dikurniakan suara yang bagus untuk membuatkan orang terhibur.
Kalau kamu urang enda pernah dengar dia menyanyi lagi bah cuba kamu tingu2lah video di bawah ini.
Semoga Black akan terus sukses dalam kerjayanya.
Layan ah..
Tahniah kepada Atlit malaysia - Sukan Komanwel 2010
Respon Pengarah DBKK pasal gaji Pembanci
TIPS KESELAMATAN UNTUK WANITA
SEMASA BERJALAN
1. Berjalanlah di kawasan yang mempunyai cukup kadar cahaya dan elakkan jalan-jalan atau kaki lima yang gelap atau samar-samar.
2. Berjalan dalam langkah yang yakin. Jangan menggunakan telefon bimbit atau tercari-cari beg duit ketika itu kerana ia akan menghilangkan tumpuan anda pada apa yang berlaku di sekeliling.
3. Tangan anda mesti sentiasa bebas daripada memegang sesuatu yang akan menyukarkan anda daripada melawan apabila diserang. Elakkan memakai beg tangan bertali panjang yang boleh terhayun ke sana ke mari.
4. Berjalanlah bertentangan daripada arah trafik supaya anda tidak diserang dari belakang.
SEMASA MEMANDU
1. Jangan letakkan beg tangan atau briefcase di tempat duduk penumpang tetapi sebaliknya letakkan di lantai kereta. Pastikan kesemua pintu kereta dikunci.
2. Sekiranya anda rasa sedang diekori pandulah terus ke balai polis berdekatan dan jika mempunyai telefon bimbit buatlah panggilan ke balai polis untuk memberikan keterangan. (Simpanlah nombor telefon Balai Polis yang berdekatan sama kamu)
SEMASA MENAIKI KENDERAAN AWAM
1. Sentiasa ingat nama pemandu dan nombor teksi yang anda naiki. Jika anda mempunyai telefon bimbit SMS kan nama dan nombor itu kepada salah seorang kawan anda.
2. Pastikan kenderaan awam itu tidak dikunci.
3. Jika di dalam bas seboleh-bolehnya duduklah berhampiran dengan pintu untuk turun.
SEMASA DALAM BANGUNAN ATAU TEMPAT LETAK KERETA
1. Letak kereta di tempat yang ada kemasukan cahaya serta sberhampiran pintu masuk dan keluar atau lif.
2. Jika anda ternampak sesiapa yang mencurigakan berulang alik berhampiran kereta anda, menimbulkan syak atau ada seseorang yang duduk bersendirian di dalam kereta berdekatan kereta anda, segera minta pengawal bertugas di situ menemankan anda ke kereta.
3. Sebelum pergi ke kereta pastikan kuncinya telah anda pegang di tangan. Ia boleh dijadikan senjata sekiranya anda tiba-tiba diserang.
4. Periksa kereta anda sesegera mungkin sebelum memasukinya bagi memastikan tidak ada sesiapa berada berhampiran. Sebaik berada di dalam kereta kunci terus pintu dan pandu keluar segera. Berlengah-lengah di tempat letak kereta akan menjadikan anda sasaran penyerang.
SEKIRANYA DISERANG
1. Menjeritlah sekuat-kuat hati. Jeritan seperti "Api... api..." akan menarik perhatian orang segera kepada anda.
2. Peralatan kecemasan peribadi yang anda ada juga berkesan untuk mengejutkan perhatian sekeliling serta orang yang cuba menyerang.
3. Sekiranya penyerang itu meminta barangan milik anda seperti telefon bimbit, wang, barang kemas; serahkan sahaja. Yang penting, jika anda boleh lari buang sahaja barang berharga itu ke satu arah dan larilah ke arah yang bertentangan dengannya.
4. Jika anda dicampak ke dalam kereta tendang cermin bahagian sisi belakang dan lambaikan tangan anda ke luar dari lubang itu.
SEKIRANYA ANDA TINGGAL DI KONDOMINIUM DAN MENGGUNAKAN TEMPAT LETAK KERETA
1. Buat laporan mengenai orang-orang yang disyaki dan sebagainya kepada pengawal yang bertugas. Kemudian buat ulangan pertanyaan untuk mengetahui apa tindakan yang telah diambil.
2. Awas dengan keadaan sekeliling serta tempat di mana anda selalu meletak kereta.
3. Elakkan situasi yang merbahaya.
4. Jangan sekali-kali membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki kondominium anda.
5. Minta bukti pengenalan diri untuk orang asing yang datang tiba-tiba dan mengakui dia pengawal kondominium, pekerja pencuci di situ dan sebagainya.
6. Akhir sekali anda perlu sentiasa tahu di mana tempat untuk melaporkan sebarang kejadian yang berlaku di sekitar premis anda
Harap dapat membantu kepada semua.
Mayat ditemui dikenal pasti sebagai Annie John
Mayat Annie John, 39, ditemui beberapa kanak-kanak yang mencari sayur di sekitar kawasan itu pada jam 11 pagi sebelum menghubungi polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Rowell Marong, berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan telentang tanpa kain atau seluar, manakala bahagian atas tubuhnya lengkap berpakaian.
“Wajah mangsa dalam keadaan tidak sempurna. Bagaimanapun, mangsa dicam oleh ahli keluarganya berdasarkan gelang, rantai dan cincin dipakainya,” katanya di sini, semalam.
Mangsa yang bertugas di Hospital Kudat dikatakan ke rumah abangnya di Kampung Mahandoi, Penampang untuk mengikuti kursus berkenaan selama dua minggu.
Annie yang belum berumah tangga, dikatakan keluar dari rumah abangnya kira-kira jam 3 petang, tetapi tidak pulang ke rumah, menyebabkan anggota keluarga keluar mencarinya.
Sumber : Klik sini
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Harap Pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan teliti dan dapat menangkap orang yang bersalah. Mau tingu pembunuh tu.
Gambar ahli keluarga mangsa
Kembali beraksi di BLOG
(cuma mengasitau mau aktif sudah balik bah.. hihi)
Gaji Pembanci Kota Kinabalu belum dibayar !!!
Saya sudah banyak kali berhubung kepada kakitangan DBKK yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan baucar pembayaran tetapi jawapan sama saja tunggu.
Kisah yang ingin saya kongsikan di sini adalah hanya kerana kesalahan BANK (sepatutnya BSN tetapi atas kesilapan teknikal diletakkan CIMB BANK) pembayaran gaji tertangguh dari sebelum hari raya sehingga artikel ini ditulis. Selepas itu bila dirujuk kembali DBKK cakap sudah hantar sama Bendahari tapi bila tanya nombor baucer sama Bendahari hal yang sebaliknya belum lagi kunu ada. Hmmm... Kalau diikutkan kata hati ini "KERAJA JUGAKAH DURANG INI".
Akhirnya saya ambil keputusan untuk meminta datuk Boon Hai Yeo Pengarah di DBKK untuk campurtangan dalam hal ini. Buli tingu di atas komen beliau. Harap2 sejalah dia buli ambil tindakan segera kerana ini melibatkan nama baik DBKK. Tunggu dan Lihat sejalah ini apa tindakan mereka yang seterusnya.
(Gajiku sudah dapat 1 bulan, ini tulung kawan seja)
Kalau tingu page jabatan perangkaan di FB habis kena maki hamun dengan pembanci seja..