4 keadaan salam seseorang tidak wajib dijawab


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Tertarik aku untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua selepas mendengar tazkirah di Astro Oasis mengenai 4 keadaan di mana salam tidak wajib dijawab. Alhamdulillah sebenarnya ini adalah pengetahuan baru aku dan pernah menjadi tanda tanya juga suatu masa dulu.

4 Keadaan itu adalah :

  1. Ucapan salam Imam Selepas Tahiyat Akhir Ketika Kita Solat Berjemaah. Kita sebagai makmum tidak diwajibkan menjawab salam tersebut kerana salam itu bukanlah ditujukan kepada kita. Jika kita menjawab salam tersebut boleh menyebabkan solat kita akan terbatal.
  2. Ucapan Salam Orang Bukan Islam. Bila sudah pasti orang yang memberi Salam itu bukan orang Islam maka salamnya tidak wajib dijawab. Kepada rakan-rakan yang bukan beragama Islam jangan pula ambil hati kerana ini berkaitan hukum agama.
  3. Orang yang Sedang Berucap Tetapi Salam Hanya Diberikan Selepas Selesai Ucapannya.
  4. Orang Yang Mempermain-mainkan Salam. Biasanya ini terjadi tanpa disedari. Seorang lelaki kadang-kadang terlepas cakap juga "Assalammualaikum, nda jawab dosa... Hehehe..." kepada seorang gadis dengan niat untuk menarik perhatian.
Sebarang keraguan mengenai hal ini bolehlah merujuk kepada orang yang lebih arif dan apa yang saya sampaikan adalah melalui pendengaran dan pemerhatian di kaca TV. Sebarang kekurangan silalah berikan teguran InsyaAllah kita akan saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

Sambutan Pesta Jagung 2010 - Kota Marudu Sabah

Alhamdulillah pada tahun ini berkesempatan lagi bertemu dengan rakan-rakan dari Radio Online Sabahan Utara.FM dan Shine PhotoVideo untuk bersama di Pesta Jagung 2010 yang berlangsung selama 3 hari bermula 3 Disember 2010 dan berakhir pada 5 Disember 2010. Acara perasmian disempurnakan oleh MP P 168 Bandau, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Menariknya pada kali ini satu rekod Malaysia telah tercipta di sini iaitu Rekod memakan Jagung (Largest Corn Eating Simultaeously) sebanyak 2010 tongkol jagung yang telah direkodkan dalam The Malaysia World Book Of Recod.

Selain daripada itu satu lagi acara yang menjadi tumpuan ialah Pertandingan Ratu Jagung. Kehadiran Miss Malaysia Tourism Queen 2009 iaitu Cassandra Patrick sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada peserta yang mengambil bahagian kali ini di mana beliau adalah antara juri bertanggungjawab untuk menentukan Ratu Jagung kali ini.

Tidak ketinggalan juga kepada krew-krew Utara.Fm yang berusaha untuk membawakan acara ini secara langsung melalui Radio Online Sabahan Utara.FM (www.utarafm.net). Tahniah diucapkan kepada semua.

Saya sertakan gambar untuk tontonan rakan-rakan. Terima kasih ShinePhotoVideo.






Bila cerita pasal seks - Kisah benar


Di sini ada cerita panas yang mahu aku kongsikan dengan semua rakan blogger, rakan FB mahupun sesiapa saja yang melawat atau terlawat blog ini. Bila cerita pasal seks pasti ramai yang tertarik dan ingin tahu. Sesetengah orang menggambarkan apabila menyebut perkataan seks di khalayak ramai menganggap itu sebagai lucah dan adakah apa yang ingin aku sampaikan ini juga dianggap sebagai lucah?

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai seks. Bila terlihat tajuk cerita di atas pasti ada di kalangan rakan-rakan memikirkan sesuatu. Inilah sebenarnya kisah yang mahu aku kongsikan iaitu bagi sesetengah orang yang lebih cenderung untuk mengetahui cerita yang berunsur gosip, seks dan lain-lain berbanding hal yang lebih mendatangkan faedah dalam kehidupan.

Jika tajuk di atas ialah tips untuk menjaga bayi, belum tahu kamu akan masuk ke blog ini untuk mengetahui tips tersebut kerana menganggap perkara tersebut sebagai remeh tetapi sebenarnya berguna untuk masa hadapan. Bukan semua tetapi ada yang berfikiran begitu. Kenapa mesti berfikiran begitu? Sebabnya mudah, mahukan keseronokan dalam hidup.

Dalam kita mengejar keseronokan duniawi jangan lupa Tuhan. Jadikan apa yang berlaku semalam dan hari ini sebagai pengalaman untuk melalui hari esok. Belum tentu apa yang kita fikirkan seronok itu sebenarnya menyeronokkan kerana mungkin di sebalik keseronokan itu tersembunyi penderitaan. Gunakanlah akal yang dikurniakan untuk berfikir kerana bak pepatah melayu ikut rasa binasa ikut hati mati.


P/S : Inilah kenyataannya... Peace...


Blog Archive

Popular Posts

Popular Posts