Kesedaran Pengguna Melalui Program Seminar Pemerkasaan Pendidikan Pengguna

Consumers Front of Sabah (Cfos) atau Persatuan Barisan Pengguna Sabah adalah sebuah Badan NGO yang memperjuangkan nasib para pengguna yang telah terpedaya, tertipu dan seterusnya mendidik pengguna agar menjadi pengguna yang bijak baru-baru ini telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Pendidikan Pengguna selama dua hari di daerah Kota Marudu dan Pitas yang terletak di sebelah utara negeri Sabah dengan kerjasama KPDNKK, COPS Sabah, Radio Online Sabah Utara.Fm (Radio Online Rasmi Cfos) yang boleh dilayari di www.utarafm.net dan disokong oleh komuniti facebook 1SABAH dan Saya Anak Sabah (SAS).

Program seumpama ini adalah buat julung kalinya diadakan di dua daerah ini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat. Pada 18 Mac 2014 Seminar Pemerkasaan Pendidikan Pengguna diadakan di daerah Kota Marudu yang dirasmikan oleh ADUN Tandek Y.B Puan Anita Baranting. Selepas acara perasmian pembukaan oleh Y.B Puan Anita Baranting yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, beliau seterusnya memperkenalkan logo rasmi 'Saya Pengguna Bijak' yang digunakan Cfos sepanjang Kempen Pemerkasaan Pendidikan Pengguna berlangsung.


Seminar yang disampaikan oleh 3 orang penceramah yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas tentang kepenggunaan berjaya menarik perhatian para peserta yang mengikuti seminar ini. Hampir keseluruhan peserta tidak menyedari hak-hak mereka sebagai pengguna. Ketika sesi soaljawab diadakan, para peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanya segala kemusykilan mereka. Antara penceramah yang hadir adalah Encik Abdul Rahman Samad, Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kuala Terengganu yang juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara, Encik Kasim Anak Mana dan Encik Asiki Tarimoh dari KPDNKK Negeri Sabah.

Seterusnya pada 19 Mac 2014 acara yang sama diteruskan di Daerah Pitas yang dirasmikan oleh ADUN Pitas Y.B Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah. Dalam ucapannya beliau mengingatkan kepada semua peserta agar dapat memberi perhatian pada seminar yang diadakan pada kali ini. Selain ceramah, kuiz juga diadakan untuk setiap sesi ceramah bagi menguji kefahaman para peserta dan kepada mereka yang menjawab soalan dengan tepat akan mendapat hadiah. Cabutan nama peserta bertuah juga diadakan untuk setiap sesi dan pelbagai hadiah yang menarik termasuk basikal dan telefon pintar (smartphone) berjenama Samsung disumbangkan oleh Cfos.

Presiden Consumers Front of Sabah (Cfos), Datuk Nordin Bin A.H Thani ketika dihubungi memberitahu kepada Utara.FM, program seumpama ini akan diteruskan di daerah lain seperti Tenom, Keningau, Tuaran, Papar dan Ranau. Tarikh akan dimaklumkan kemudian dan untuk mengetahuinya boleh cari Cfos di facebook atau mendengar www.utarafm.net di mana penyampai yang bertugas akan mewar-warkan kepada anda melalui kuiz pendengar yang diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 8.00- 10.00 malam.

Selamat Hari Pengguna Sedunia


Selamat Hari Pengguna Sedunia. Jadilah Pengguna Bijak dengan memanfaatkan hak anda sebagai Pengguna. Kesedaran Bermula daripada diri sendiri,

Siaran Langsung : Kempen Pemerkasaan Pengguna Negeri Sabah bersama Consumer Front of Sabah ( CfOS )


Antara Program dan aktiviti yang sudah dirancang


Consumer Front of Sabah ( CfOS ) dengan kerjasama Radio Online No 1 di Sabah UtaraFM buat pertama kalinya akan menyiarkan secara langsung Program Seminar Pengguna yang akan diadakan di daerah Kota Marudu pada 18/03/2014 serta daerah Pitas pada 19/03/2013 sempena Kempen Pemerkasaan Pendidikan Pengguna. 

Program seumpama ini memberi peluang kepada seluruh warga Sabah untuk mendapatkan info-info kepenggunaan secara pantas hanya dari rumah melalui komputer dan telefon. Dewasa ini, jumlah mereka yang aktif di internet semakin meningkat terutama di kalangan masyarakat luar bandar selepas kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan secara percuma untuk mereka mengakses internet.

Selain  meyiarkan secara langsung ceramah-ceramah kepenggunaan, Cfos juga akan mengadakan kuiz pengguna di Utarafm untuk menguji sejauh mana kefahaman pendengar tentang Hak Mereka sebagai PENGGUNA. Soalan yang diberi adalah berdasarkan ceramah-ceramah yang disampaikan serta info kepenggunaan yang akan diwar-warkan oleh penyampai yang bertugas dalam "SEGMEN PENGGUNA BIJAK" yang akan dikendalikan oleh saya dan DJ ZACK. Apa yang pasti program ini sangat menguntungkan kepada pendengar kerana bukan sahaja mendapat ilmu malahan berpeluang menang hadiah jika dapat menjawab soalan dengan tepat.



KEMPEN PEMERKASAAN PENDIDIKAN PENGGUNA dianjurkan oleh Consumers Front of Sabah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanCommunity Policing Malaysia Cawangan Sabah, Radio Online No 1 Sabah – Utara FM dan disokong oleh KOMUNITI 1SABAH dan SAS ( Saya Anak Sabah ).


Blog Archive

Popular Posts

Popular Posts