Kemalangan Dasyat di Jalan Ranau Tamparuli

Satu Kemalangan Dasyat berlaku di Jalan Ranau, Tamparuli. Punca kejadian tidak diketahui. Saya telah menerima gambar ini melalui inbox di Facebook. Sebarang info berkaitan kejadian tersebut silalah kongsikan kepada kami.


Berikut adalah respon dari seorang rakan.

Updated : 17/05/2014 [19:34]


MUSA AMAN INGATI BELIA JANGAN TERIKUT-IKUT GOLONGAN BAWA PORAK PERANDA

RANAU, (17 Mei) — Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan golongan belia supaya menghindarkan diri serta tidak terikut-ikut dengan tindak-tanduk golongan tidak bertanggungjawab yang cuba memporak-perandakan masyarakat kerana ia membawa natijah tidak baik kepada semua pihak.

Beliau sebaliknya mengajak golongan belia yang mewakili 41 peratus daripada keseluruhan penduduk Sabah supaya terus menyokong dan bersama-sama dengan kerajaan bagi menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang diperkenalkan untuk membawa lebih banyak pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat khususnya para belia.

“Kita mahukan keaamanan, makmur dan hidup sentosa. Kita ingin melihat rakyat terus hidup tenteram tanpa rasa takut. Inilah harapan kerajaan dan ibu bapa,” katanya ketika merasmikan pelancaran sambutan Hari Belia peringkat negeri di Kompleks Sukan Ranau di sini Sabtu.

Beliau turut merasmikan pembukaan kompleks tersebut yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin.

Menurutnya, kerajaan amat memahami hasrat serta aspirasi golongan belia dan akan terus berusaha memberi ruang kondusif dan peluang kepada kumpulan berkenaan untuk memajukan diri berdasarkan kencenderungan masing-masing dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi memudahkan mereka mengambil bahagian.

Musa berkata komitmen tinggi kerajaan untuk membangunkan potensi belia yang merupakan pelapis kepimpinan negara masa depan, termasuk menyediakan peruntukan besar yang meningkat setiap tahun kepada pelbagai kementerian dan agensi bagi menjayakan pelbagai program seperti kemahiran dan keusahawanan untuk belia.

Beliau berkata pada masa lalu, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah cuma sekitar RM10 juta namun bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan hampir RM100 juta atas kesedaran mengenai pentingnya peranan belia dalam pembangunan negara.

Mengenai kompleks sukan tersebut yang dibina sejak 2007 melalui tiga fasa dengan kos keseluruhan RM37 juta, katanya kerajaan sanggup berbelanja besar untuk membangunkan kompleks berkenaan sebagai tanda pengiktirafan kerajaan terhadap kehendak dan keperluan belia.

Musa turut menyampaikan anugerah kepada individu dan persatuan yang telah berjaya serta banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan belia dan masyarakat dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang keusahawanan, kerja kesukarelaan dan kewartawanan.

Sementara itu Tawfiq berkata sambutan Hari Belia Negeri Sabah tahun ini yang bertemakan ‘Dari Belia Untuk Belia’ membawa kelainan apabila sambutannya tidak lagi tertumpu di kawasan bandar utama sahaja sebaliknya turut disambut di daerah kecil di kawasan pedalaman. Katanya selain di Ranau, sambutan akan turut diadakan di Kudat, Tawau, Beaufort, Papar, Keningau, dan Sandakan.
– BERNAMA

TIGA RUMAH MUSNAH DI KAMPUNG GAS DISEBABKAN API LILIN

SANDAKAN, (16 Mei) — Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api lilin di Kampung Gas dekat sini pagi Jumaat.

Kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu menyebabkan 30 penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Faizul Norazman, 20, berkata kebakaran bermula dari rumahnya sebelum merebak ke dua buah rumah lagi yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Beliau berkata beliau memasang lilin di bilik tidurnya ekoran bekalan elektrik terputus dan hanya menyedari berlaku kebakaran apabila terdengar jeritan adiknya dan mendapati api sudah merebak.

“Saya bersama tiga adik dan tiga adik sepupu saya terus keluar dari rumah menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan apa-apa barang termasuk dokumen pengenalan diri saya,” katanya kepada Bernama.

Pihak bomba dan penyelamat menghantar tiga jentara bersama 14 anggota bomba ke tempat kebakaran.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Samsuddin Yahya melawat mangsa dan memberi sumbangan. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memberi bantuan makanan. — BERNAMA

Mindef Sedia Bantu PBTM Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Pertahanan sedia membantu Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sabah memiliki bangunan sendiri, kata Timbalan Menterinya Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata persatuan itu perlu memiliki bangunan sendiri bagi menjalankan aktiviti mereka.

“…ini juga sebagai penghargaan kepada bekas-bekas tentera yang telah berkorban demi keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada bekas tentera selain bantuan RM500 kepada veteran tentera kurang upaya, di sini hari ini.

Sebanyak 20 bekas tentera menerima pingat itu dan 31 orang menerima bantuan RM500 tersebut.

Mengenai insiden penculikan di Pulau Baik, Lahad Datu, Abdul Rahim berkata setakat ini tiada perkembangan baharu tentang kes itu.

“Jadi saya berharap orang awam turut memainkan peranan dalam menyelesaikan kes ini.

“Beberapa kes penculikan dalam beberapa bulan ini harus menjadi iktibar kepada kita semua supaya tidak memandang rendah terhadap ancaman kepada keselamatan kita,” katanya.

Pada 6 Mei lepas, seorang warga China yang merupakan pengurus sebuah syarikat pusat penternakan ikan, diculik di Pulau Baik, Lahad Datu.

Insiden merupakan yang ketiga dalam tempoh enam bulan, menyusuli penculikan seorang pelancong China dan pekerja pusat peranginan warga Filipina di Pulau Singamata, Semporna bulan lepas serta kes bunuh dan culik warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna pada November lepas. – BERNAMA

Sepanggar : 11 didapati Positif Dadah

KOTA KINABALU, 16 Mei (Bernama) -- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah mengesan 11 individu yang didapati positif dadah hasil pemeriksaan terhadap 173 orang dalam operasi bersepadu di Jalan Indah Permai, Sepanggar, dekat sini, malam tadi.

Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata kesemua positif dadah lelaki berumur antara 18 hingga 35 tahun itu ditahan dalam operasi tiga jam bermula pada pukul 8 malam.

"Operasi bersepadu seperti ini akan diteruskan terutamanya di kawasan panas yang dikenal pasti adanya penjualan dadah dan menunjukkan kehadiran agensi penguatkuasa di kawasan yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Jainab yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah berkata orang ramai perlu memberi kerjasama menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti penjualan dadah di kawasan mereka.

Dalam operasi sama, katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan turut memeriksa 500 kenderaan dan mengeluarkan 35 saman serta dua notis amaran atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar pula memeriksa sepuluh kenderaan dan mengeluarkan satu kompaun dan satu notis amaran, polis mengeluarkan 14 kesalahan trafik manakala Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan mengeluarkan satu notis amaran selepas memeriksa lapan kenderaan dalam operasi itu.

Operasi diketuai Penolong Pegawai Antidadah AADK Sabah Sarif Kamaludin disertai 84 anggota daripada lapan agensi yang berkaitan.

-- BERNAMA

Kanak-kanak 5 Tahun Rentung, Datuk Dan Sepupu Melecur Dalam Kebakaran

KOTA KINABALU, 16 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung, manakala datuk dan sepupunya, yang merupakan orang kurang upaya, melecur selepas rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah di sini, kejadian berlaku di Jalan Tuaran Bypass, Kampung Inanam Laut Kalansanan dekat sini pukul 11.26 pagi.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba di tempat kejadian empat minit kemudian dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 11.51 pagi.

Lelaki berumur 60 tahun itu melecur di tapak tangan, tapak kaki dan bahagian belakang, manakala kanak-kanak perempuan OKU berumur enam tahun pula melecur di bahagian muka.

Punca kejadian sedang siasat dan mayat kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat, manakala dua mangsa lain dihantar ke Hospital Likas dekat sini untuk menerima rawatan.

-- BERNAMA

Kraftangan Malaysia Sasar RM60 Juta Jualan Produk Kraf Di Sabah

KOTA KINABALU, 16 Mei (Bernama) -- Kraftangan Malaysia menyasarkan hasil jualan produk kraf Sabah sepanjang tahun ini mencecah sehingga RM60 juta.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk Mohd Kamil Mohd Ali berkata ini berikutan bilangan usahawan di Sabah kini mencecah 4,000 orang dengan pelbagai aktiviti dan promosi kraf diadakan sepanjang tahun di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan perolehan nilai jualan sebanyak RM400,000 sepanjang 17 hari kempen promosi Kraf Malaysia sempena sambutan Pesta Kaamatan bermula Jumaat.

"Sasaran itu berdasarkan kedudukan lokasi di pusat beli-belah Suria Sabah yang menjadi tumpuan para pengunjung serta pelancong memandangkan promosi ini julung kali diadakan di pusat beli-belah ini," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Mohd Kamil berkata promosi itu disertai 70 usahawan termasuk lima dari Semenanjung merangkumi pelbagai bidang kraf termasuk sembilan usahawan daripada bidang kraf tekstil manakala 61 daripada bidang lain seperti hasil rimba, logam dan aneka kraf.

Beliau berkata enam aktiviti demonstrasi kraf sambil menjual daripada bidang anyaman turut diadakan iaitu pembuatan produk sompoton, anyaman bemban, anyaman buluh, anyaman buluh (produk nyiru) dan anyaman rumbia.

Di samping itu, kata Mohd Kamil, persembahan kesenian juga diadakan sebagai aktiviti sokongan bagi mengetengahkan seni dan budaya masyarakat Sabah seperti muzik gambus, tarian masyarakat tradisional, peragaan fesyen, cabutan bertuah, kuiz dan pertandingan bintang kraf Kaamatan.

"Sejumlah 200 orang dari pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dan pertubuhan terlibat bagi program lawatan berpandu sempena promosi kraf ini," katanya.

Beliau berkata kempen itu, antara lain bertujuan memberi peluang kepada pengusaha kraf memasarkan produk kraf negara selain menjadi tempat pertemuan peniaga, pengusaha dan pemborong kraf dari seluruh negara.

Mohd Kamil berharap warga Kota Kinabalu dapat bersama-sama memeriah dan menjayakan pameran dan kempen promosi kraf Malaysia peringkat negeri sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

-- BERNAMA

Liga Perdana 2014 : Sabah Menang 0-1 walaupun bermain 9 orang


Tahniah untuk semua pemain dan pihak pengurusan Sabah F.A atas kejayaan menundukkan Pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi yang berlangsung pada malam tadi. Kemenagan pada malam ini adalah di luar jangkaan peminat-peminat pasukan Sabah.

Marwan Saydeh mencipta nama sebagai penjaring pasukan Sabah pada minit ke-64 dengan melakukan satu sepakan voli yang terus menerjah gawang Negeri Sembilan. Sebelum itu kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dengan Sabah lebih banyak mengasak ke kubu pasukan negeri Sembilan. Kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat permainan separuh masa pertama.

Bersambung perlawanan di babak kedua Sabah kehilangan seorang pemain apabila minit ke-55 Mohd Redzuan dilayangkan kad kuning kedua memaksa Sabah untuk bermain 10 orang. Selang dua minit kemudian Halim pula dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua, 

Jaringan Marwan kekal sehingga tamat perlawanan namun pada minit ke 80 Sabah terpaksa bermain dengan 9 orang apabila Andre turut menerima nasib serupa Redzuan diarah keluar padang selepas mendapat kad kuning kedua. Negeri Sembilan gagal memanfaatkan kesempatan itu untuk merapatkan kedudukan.

Marwan sempat membalas komen peminat di FB SabahFA
Perlawanan pada malam ini menyaksikan Pengadil Perlawanan, Kamal Ahmad melayangkan 10  kad kuning 6 untuk Sabah dan 4 kepada pasukan tuan rumah dan tiga orang pemain dibuang padang. Keputusan di tempat lain Kedah 1-0 Felda United SPA Putrajaya 2-1 PBAPP, Pulau Pinang 2-1 Perlis dan PDRM 1-1 UiTM.

Pemain yang bermain malam tadi turun dengan motivasi yang tinggi untuk mencipta kejayaan selepas gagal mencari kemenangan dalam beberapa perlawanan termasuk keputusan seri 2-2 ketika bertemu PDRM di Stadium Likas walaupun sudah mendahului 2-0 pada satu masa. Sabah kini  berada di kedudukan ketujuh Liga dan akan bermain turun mennetang UITM di stadium Likas pada 23 Mei 2014.

Artkel ini ditulis oleh djk melalui  rujukan Sabah FA Fan Club.

[Kanak-kanak Hilang di SABAH] Ibu Bapa Low Min You direman Polis

Kota Kinabalu – Pasangan suami isteri yang juga ibu-bapa kepada mangsa culik, Low Min You, 3, direman polis selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes kecuaian di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Kedua-dua mereka berusia 31 dan 26 tahun dilihat dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, kira-kira jam 8 pagi sebelum beredar sambil diiringi anggota polis, kira-kira empat jam kemudian.

Difahamkan, permohonan itu dilakukan melalui pegawai penyiasat, Inspektor B Shreethran yang memohon pasangan itu direman selama tujuh hari selepas siasatan mendapati terdapat percanggahan rakaman kenyataan di antara mereka.

Menurut Shreethran, permohonan reman itu wajar berikutan kes kehilangan kanak-kanak terbabit menarik perhatian ramai, bukan saja penduduk di negeri ini, sebaliknya seluruh negara.

Bagaimanapun, peguam bela pasangan berkenaan, Ram Singh berkata, tiada kepentingan menahan pasangan itu untuk jangka masa lama kerana mereka memberi kerjasama baik kepada polis sejak hari pertama kehilangan anak mereka, lapor myMetro. djk

Imigresen Sabah tahan lima individu, tumpas sindiket keluar dokumen palsu untuk warga asing

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Sabah menumpaskan sindiket yang membawa masuk dan keluar warga asing dengan menggunakan dokumen pengenalan diri palsu.

Pengarahnya, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata, pihaknya menahan lima individu dalam tiga kes berasingan yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebagai transit untuk membawa warga asing ke negara ketiga.

"Dalam kes terbaharu, dua individu warga Turki yang berhasrat ke Kuala Lumpur ditahan di Terminal 1, KKIA Rabu lepas kerana disyaki memiliki pasport Turki palsu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Pasport 1966 dan masih menunggu pengesahan ketulenan pasport dari Kedutaan Besar Turki di Kuala Lumpur. - Bernama

Kes Rahib Diserang Bermotif Samun | Polis Tolak Motif Jenayah Benci

SEREMBAN: Serangan terhadap dua biarawati warga emas di dalam kawasan Gereja Visitation dekat sini pada Rabu bukan jenayah benci, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Osman berkata, berdasarkan siasatan awal, polis turut menolak jenayah benci sebagai motif serangan itu.


Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan semasa rompakan.

Kedua-dua biarawati itu diserang tanpa belas kasihan menggunakan topi keledar dan dirompak di perkarangan Gereja Visitation sebelum subuh pada Rabu, di mana mereka hanya mempunyai beberapa ringgit ketika kejadian.

Sister Julianna Lim, 69 yang kini bertarung nyawa berada dalam keadaan koma mempunyai kurang daripada RM10 manakala Sister Marie Rose/Theresa Teng, 79, mempunyai beberapa ringgit, dalam beg tangan kecil mereka ketika diserang oleh seorang suspek yang memakai topi keledar bertutup muka penuh.

Kedua-dua mereka juga membawa beberapa bahan keagamaan seperti tasbih, buku-buku doa dan naskah Bible ketika diserang.

Osman berkata selain itu, yang dibawa mereka adalah kunci rumah mereka di Kg Pasir, kunci kereta dan sebuah telefon bimbit.

"Kami dapat merakamkan kenyataan Marie Rose dan dia berkata bahawa seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup muka penuh telah menyerangnya dahulu menggunakan topi keledar.

"Ia membuatkan Lim untuk menjerit, menyebabkan penyerang memukulnya menggunakan topi keledar berulang kali," katanya.

Seorang pengawal gereja mendapati kedua-dua Lim dan Marie Rose terbaring dengan berlumuran darah di pintu masuk ke gereja pada pagi itu.

Kedua-dua mereka tiba di gereja beberapa minit lebih awal, dengan menaiki kereta yang yang dipandu Lim bersama seorang lagi biarawati.

Sebelum kejadian berlaku, seorang lagi rahib berkenaan berjalan ke arah patung Virgin Mary untuk memulakan doa manakala mangsa berjalan ke hadapan untuk berdoa. 

Osman berharap Lim akan pulih dengan segera dan mendapat petunjuk berhubung serangan itu berikutan dia yang melihat suspek memukul Marie Rose terlebih dahulu.

"Marie Rose tidak ingat banyak mengenai suspek yang memukulnya dari arah tepi.

"Apa yang dia boleh memberitahu kita adalah seorang penyerang memakai topi keledar bertutup muka penuh, berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 5 kaki 7 inci," katanya.

Beliau berkata, mangsa juga berpakaian biasa dan tidak memakai pakaian seragam ketika diserang.

"Kita sedang meneliti rakaman CCTV yang diterima daripada gereja untuk mendapatkan petunjuk.

"Secara keseluruhan, terdapat 13 CCTV dan kita memerlukan masa dan bantuan daripada pakar-pakar untuk mengkajinya dengan teliti," katanya.

Bagaimanapun, Osman berkata, CCTV di pintu masuk ke gereja di mana kedua-duanya diserang, tidak berfungsi.

"Agak tidak bernasib baik tetapi kita akan melihat CCTV lain dan berharap untuk mendapatkan beberapa petunjuk dari rakaman yang lain," katanya sambil menambah bahawa satu pasukan forensik polis turut dihantar ke tempat kejadian untuk mencari petunjuk. 

Beliau turut menggesa saksi kejadian untuk tampil ke hadapan dan membantu siasatan.

Operasi Buru Perokok Dalam Kenderaan Awam!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan pengkuatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang melarang aktiviti menghisap rokok dalam kenderaan awam termasuk bas, teksi, keretapi, komuter, bot dan feri.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, pengkuatkuasaan peraturan itu bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok pasif.

“Ia juga bertujuan membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan masyarakat dengan menghadkan kawasan merokok terutama di kawasan tumpuan orang ramai.

“Operasi itu turut melibatkan kerjasama pihak polis dan beberapa jabatan dan agensi kerajaan lain,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Lokman Hakim berkata, operasi itu antara lain memberi tumpuan terhadap aktiviti merokok penumpang dan pemandu kenderaan awam serta memastikan kenderaan awam mempamerkan tanda larangan merokok.

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dikompaun maksimum RM5,000, denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua.

Manakala, katanya, kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok dalam kenderaan awam boleh dikompaun maksimum RM1,500, denda maksimum RM3,000 atau penjara maksium enam bulan.

Menurut beliau, operasi itu pada tahun lalu mencatakan pengeluaran kompaun bernilai RM95,250.

NewsHub

Edar Dadah : Wanita Mongolia Diperintah Bela Diri

SHAH ALAM – Seorang penuntut sebuah kolej swasta warga Mongolia Jumaat diperintah membela diri atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin dan morfin seberat 363.6 gram yang didakwa dilakukan bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Subang Jaya dekat sini pada Januari 2013.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Zolzaya Natsagdorj, 26, penuntut jurusan pengurusan dan perniagaan antarabangsa.

Teman lelaki wanita itu, Barsbaatar Ganbold, 22, juga warga Mongolia, bagaimanapun dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan tanpa dipanggil membela diri setelah mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atasnya.

Hakim Akhtar menetapkan 22 Mei ini untuk Zolzaya, yang diwakili peguam L A Gomes, membela diri.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mengikut keterangan Zolzaya kepada pihak polis, wanita itu mendakwa beg berisi dadah itu telah diberikan kepadanya oleh seseorang.

Hakim Akhtar berkata Zolzaya bagaimanapun mengakui mengetahui kandungan di dalam beg itu, malah ketika serbuan, wanita itu kelihatan terkejut dan cemas.

Daripada tingkah lakunya, ada kesimpulan yang munasabah dia mengetahui sesuatu, katanya.

Mengenai Barsbaatar, beliau berkata penuntut jurusan teknologi maklumat (IT) di sebuah institut pengajian tinggi swasta itu hanya seorang pelawat (di tempat kejadian), jadi tiada keterangan untuk mengaitkannya dengan pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah berkenaan.

Barsbaatar diwakili peguam Eugene Tan.

Pasangan kekasih itu didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis heroin seberat 278.6 gram dan monoacetylmorphine seberat 85 gram di rumah berkenaan pada 1.30 pagi, 26 Jan 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang memperuntuk hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie yang mengendalikan pendakwaan, mengemukakan empat saksi untuk memberi keterangan. – BERNAMA

Suspek Rogol Budak Perempuan 8 Tahun Sudah Ditahan

KINABATANGAN: Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dalam kejadian di perumahan Ladang Mayvin 5, di sini Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintenden A Sahak Rahmat yang mengesahkan kes berkenaan berkata, suspek berumur 35 tahun ditahan ekoran laporan polis yang diterima daripada ibu mangsa berumur 27 tahun.

Beliau berkata, menurut pengadu, pada jam 8.29 pagi Rabu lepas pengadu mendapati kemaluan mangsa berdarah dan membawa mangsa ke klinik di ladang berkenaan untuk pemeriksaan.

“Semasa mendapatkan rawatan, mangsa memaklumkan kepada pengadu bahawa dia dirogol oleh suspek,” katanya.

Sahak berkata, siasatan mendapati suspek adalah jiran kepada mangsa. Sebelum kejadian, mangsa nampak suspek sedang mandi di bahagian belakang rumah.

“Semasa mangsa sedang bermain, suspek menarik tangan mangsa serta menutup mulut mangsa dengan menggunakan tangan kanan. Suspek kemudian membawa mangsa pergi ke sebuah pondok di bahagian belakang rumah suspek.

“Suspek membaringkan mangsa dan membuka seluar yang dipakai mangsa sehingga ke paras lutut. Suspek kemudian memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa.

“Mangsa rasa takut dan terus berteriak sehingga mengejutkan suspek dan terus melepaskan mangsa. Mangsa terus balik ke rumah dalam keadaan kemaluannya berdarah dan terus berjumpa dengan pengadu,” katanya sambil menambah, mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Manakala suspek katanya, berjaya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kapal Terbang VS Perodua Viva Berlaku di KLIA 15 M3i 2014

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) telah mengubah waktu perjalanan pesawat MH740/741 miliknya berikutan kejadian pelanggaran antara pesawat tersebut dengan sebuah kenderaan lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pesawat B737-800 itu dijadualkan berlepas ke Yangon pada jam 10.05 pagi tadi namun telah ditunda dan penumpangnya dipindahkan ke pesawat yang lain yang kemudiannya berlepas sekitar jam 10.45 pagi selepas itu.

Dalam kenyataan MAS kepada media, pesawat yang mengalami kerosakan pada badannya itu telah diubah waktu perlepasannya ke Yangon pada jam 12.30 tengah hari.

Pihak MAS turut menjelaskan bahawa pemandu kenderaan milik sebuah syarikat swasta itu telah diberi teguran.

Pengarah Operasi MAS, Kapten Izham Ismail memberitahu bahawa jurutera pesawat kini telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk meneliti kerosakan yang terjadi pada pesawat itu.

“Pemeriksaan awal medapati tiada kerosakan berisiko pada pesawat. Namun, pesawat itu diarahkan untuk tidak terbang sementara pemeriksaan yang lebih mendalam dilakukan pada pesawat tersebut,” katanya.

Izham sekali lagi menjelaskan bahawa keselamatan penumpang adalah keutamaan utama bagi MAS.

MAS memohon maaf kepada penumpang MH740/741 atas kesulitan yang berlaku pada jadual penerbangan mereka.




Sebuah kereta perodua viva yang dipandu oleh seorang kakitangan MAS hilang kawalan dan kemudian merempuh salah satu pesawat MAS di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Punca kejadian itu berlaku masih dalam siasatan manakala orang ramai mengakui terkejut dengan insiden berkenaan.

Sumber : [KLIK SINI[


[TERBARU] Lagi Sekolah Terbakar di Sabah


TUARAN - Dua blok bangunan yang menempatkan tujuh buah kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan di sini musnah dalam kejadian kebakaran petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu turut memusnahkan pusat sumber, bilik guru dan bilik pentadbiran sekolah.


Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata, sekolah yang dibina pada tahun 1979 itu menempatkan seramai 247 orang murid dan 21 orang guru.

"Buat masa ini, kita akan menggunakan satu blok yang tidak terjejas selain dewan kampung dan makmal untuk meneruskan proses pembelajaran di sekolah ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Ini merupakan kejadian kebakaran ketiga melibatkan sekolah rendah di negeri ini dalam tempoh sepuluh hari selepas kejadian sama di SK Tampasak, Kinarut dan SK Simpangan, Kota Marudu.


Gambar : SUMBER

__________________________________________________________________
###################################################################


ITU KISAH YANG BERLAKU 
KELMARIN 15 MAY 2014

Setakat  pengetahuan dan informasi yang saya dapat sepanjang tahun 2014 mengenai kebakaran Sekolah, saya #SHARE dengan semua.

S.K Simpangan ( 6 MEI 2014 )











TIPS Penjagaan Keselamatan Tayar


Selain enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga kepada tayar baru boleh mengundang masalah di jalan raya.

Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan tersebut serta menghadapi permukaan jalan yang tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tip keselamatan tayar kepada pemandu.

Berikut adalah antara beberapa panduan berguna berkaitan tayar:

  • Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
  • Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan angin tayar.
  • Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.Segera baiki tayar yang tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
  • Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
  • Jangan gabungkan tayar berbunga dengan tayar tidak berbunga. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kemalangan yang serius.
  • Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil untuk membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar bertekanan udara.
  • Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
  • Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya.Ini kerana anda tidak tahu sama ada tayar tersebut mempunyai kerosakan atau tidak sempurna untuk digunakan.
Sumber : Sini

(UMUM Wajib Tahu) Nombor Ibu Pejabat Polis Kontinjen "DIKLON" Sindiket Untuk Menipu Orang Ramai

Sesiapa sahaja berpeluang menjadi mangsa penipuan jenayah siber.

Jam 8.45 pagi tadi, saya dihubungi oleh lelaki berbahasa Melayu, loghat Cina.

"Selamat pagi Mazidul Akmal Sidik. Saya Inspektor Ong Lai Choon dari IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Pulau Pinang. Saya membuat panggilan untuk satu kes jenayah. Encik diminta membantu siasatan kes ini. Cuma untuk membantu siasatan sahaja encik. Sebelum itu, saya hendak mengesahkan nombor IC encik, 670319 ..... "

Lelaki itu menghubungi saya menggunakan nombor 04-2221522. Sebaik memperkenalkan identiti dan kerjaya saya, dia pantas memutuskan komunikasi. 


Berasa curiga, saya kemudian menghubungi nombor talian tetap terbabit dan panggilan disambut oleh operator IPK Pulalu Pinang. Operator mengesahkan, tiada individu bernama 'Ong' berpangkat Inspektor di situ.

Hebat bukan?

Ahli sindiket jenayah siber kini mampu mengklonkan nombor telefon IPK untuk memperdaya mangsa.

Saya kemudian bertindak menelefon pegawai polis bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

"Satu lagi sindiket penipuan dunia siber. Dipercayai lelaki Cina Malaysia bekerja dengan sindiket di China. Tujuan mereka, mendapatkan wang secara sangat mudah. Teknik digunakan, penyamaran. Selalunya, orang ramai berasa gementar dan tertekan jika dihubungi oleh polis. Tambahan pula andai disogokkan berita kononnya mereka diperlukan untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes jenayah membabitkan individu dikenali oleh mangsa. Lazimnya, 'Inspektor' itu akan menyalurkan maklumat kononnya saudara terdekat atau kenalan mangsa, diberkas oleh polis akibat terbabit dalam kes jenayah. Jika terus dilayan, akhirnya, penjenayah itu mungkin akan menawarkan peluang kepada mangsa untuk membantu menyelesaikan kes kenalan mereka di luar mahkamah. Untuk itu, mangsa didesak  mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun bank milik ahli sindiket itu," jelas beliau.

Timbul persoalan, dari manakah sindiket itu memperoleh nama penuh, nombor telefon nombor dan perincian kad pengenalan individu sasaran mereka?

Melalui pengalaman, saya percaya wujud pihak menjual data peribadi.

Klik di sini.

Biar saya dedahkan juga kaedah kedua penipuan lebih kejam agar tiada pembaca blog ini tertipu.

Lelaki atau wanita menghubung sasaran, bakal mangsa mereka secara rawak melalui telefon bimbit. 

"Encik, saya dari (syarikat pengendali talian telefon). Kami sedang mengemaskini sistem dan perlukan bantuan encik untuk memadamkan telefon selama sejam," pinta pemanggil, menyamar kakitangan syarikat telekomunikasi.

Selalunya, pemilik telefon mudah alih akan mematuhi arahan seperti itu tanpa banyak persoalan.

Dalam tempoh 60 minit itu, ahli sindiket pantas menghubungi keluarga mangsa dan memaklumkan kononnya dia diculik. Panik, ahli keluarga bergegas cuba menelefon mangsa tetapi gagal. Gagal kerana telefon bimbit dimatikan sendiri oleh mangsa sebelum itu.

Tatkala itu ahli sindiket bertindak mendesak keluarga mangsa mendepositkan wang tebusan ke akaun kendalian mereka, sekiranya ingin mangsa dibebaskan. Walhal mangsa tidak dikurung dan tidak langsung menyedari kegiatan berlaku.

Sindiket terbabit tahu, orang ramai berada dalam keadaan tertekan, gagal berfikir panjang dan tidak berfikir dua kali untuk menyerahkan wang ringgit jika kes membabitkan faktor keselamatan ahli keluarga terdekat atau sahabat karib. 

Sila sebarkan kandungan entri ini agar kita bersama berpeluang mengelakkan masyarakat terus diperdaya dan kerugian.

SUMBER [KLIK SINI]

Menyingkap MISTERI Maliau Basin 'The Lost World'

Oleh : AMMAR JAZLAN MAD LELA

JANGAN lupa, merakamkan detik-detik indah melalui lensa kamera tatkala melalui titian gantung.

Ia pernah digelar The Lost World. Semuanya disebabkan misteri alam semula jadi yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang masih belum terungkai sehingga kini.

Itulah keistimewaan Lembangan Maliau atau lebih dikenali sebagai Maliau Basin yang sememangnya menjadi syurga kepada para penyelidik dan pencinta flora dan fauna di Sabah.

Meliputi keseluruhan kawasan seluas 588.4 kilometer persegi, Maliau Basin yang dikatakan berbentuk seperti sebuah besen disempadani oleh tebing yang menjangkau ketinggian 1,675 meter dari aras laut.

Pada asalnya, lembangan itu merupakan sebahagian daripada kawasan konsesi balak milik Yayasan Sabah.

Menyedari keunikan kawasan itu, pada tahun 1981, pihak yayasan telah menjadikannya sebagai kawasan pemuliharaan dengan tujuan penyelidikan, pendidikan dan latihan seiring dengan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum.

Pada tahun 1997, kerajaan Sabah mewartakan lembah sungai itu sebagai kawasan Hutan Simpan Dilindungi (Kelas 1) iaitu ia tidak boleh diteroka pada masa kini dan masa depan.

Maliau yang membawa maksud ‘susu atau kelam’ dalam bahasa suku kaum Murut merujuk kepada air Sungai Maliau yang berwarna gelap berikutan keadaan fosil batuannya.

Terletak jauh di selatan Sabah, kira-kira 40 kilometer di utara sempadan Kalimantan, lembangan itu menceritakan segalanya mengenai flora dan fauna hidupan prasejarah yang wujud di dalamnya.

Hutan utamanya adalah daripada spesies pokok agathis megah, hutan rawa gunung dan hutan dipterokap bukit yang menjulang tinggi hingga 1,800 meter di atas paras laut.

Diversiti Maliau

KEUNIKAN flora dan fauna yang masih terpelihara di Maliau Basin turut menarik pelancong asing ke sana.

Melalui beberapa ekspedisi utama yang dijalankan penyelidik telah menemui flora yang berbeza daripada lebih 1,800 spesies.

Antaranya termasuk enam spesies periuk kera dan lebih 80 spesies orkid. Di samping itu, terdapat juga spesies rafflesia yang jarang dijumpai.

Sementara itu, kepelbagaian fauna di Maliau Basin juga tidak kurang hebatnya kerana menyimpan pelbagai spesies hidupan liar terancam yang jarang ditemui.

Badak sumbu Sumatera, orang utan, monyet proboscis, harimau dahan, beruang Malaya dan gajah paling kecil di dunia - borneo pygmy elephant adalah antara spesies haiwan yang boleh ditemui di situ.

Malah, kawasan itu juga menjadi habitat kepada 290 spesies burung termasuk bekia dan burung Jambul selain lebih 35 spesies amfibia, ikan, ketam dan kumbang air.

Satu lagi keistimewaan lembangan itu adalah kawasan tadahan airnya yang besar yang dialir dari Sungai Maliau sebelum berakhir di Sungai Kinabatangan.

Maliau Basin juga merupakan kawasan paling banyak air terjun di negara ini. Sehingga kini lebih 40 buah air terjun telah ditemui termasuk yang paling terkenal iaitu air terjun tujuh tingkat setinggi 28 meter terletak di Sungai Maliau.

Biarpun terletak jauh dari jalan utama, Maliau Basin juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk kemudahan penyelidik dan pengunjung yang mahu menikmati kepelbagaian biodiversiti di dalamnya.
PELBAGAI infrastruktur turut dibina bagi kemudahan dan keselesaan penyelidik dan pengunjung ke sini.  Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau yang dibina pada tahun 1999 misalnya, dilengkapi dengan bangunan pejabat, bilik seminar, teater mini dan perpustakaan. Pada masa yang sama, ia turut mempunyai kemudahan asrama yang mampu menampung sehingga 64 orang pada satu-satu masa.

Selain ideal untuk penyelidikan dan pendidikan alam sekitar, Maliau Basin juga sesuai untuk pengunjung yang gemarkan meneroka kehidupan di tengah-tengah hutan belantara yang masih belum terusik sepenuhunya.

Saat di sana, jangan ketinggalan mencuba pengalaman menggunakan jambatan gantung merentasi Sungai Maliau sambil merakamkan detik-detik indah melalui lensa kamera dari menara tinjau yang tersedia.

Sumber

TERKINI : PERAGUT Di Kingfisher Dibelasah Orang Awam


KEJADIAN RAGUT DI KINGFISHER, LIKAS

14 Mei 2014 : Kejadian ini berlaku sekitar pukul 4 ptg di Kingfisher, Likas.

Menurut maklumat dari seorang rakan iaitu Anakbulan, peragut ini pada mulanya berniat untuk meragut pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) tetapi tidak sempat untuk melarikan diri.

Dalam kejadian kejar mengejar itu berlaku satu kemalangan apabila  sebuah kereta honda yang  beniat untuk membantu mengejar peragut hilang kawalan lalu melanggar motorsikal yang juga dinaiki oleh Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Di  Bawah ada dikongsikan GAMBAR DAN VIDEO





VIDEO YANG SEMPAT DIRAKAM OLEH ORANG AWAM YANG SAYA AMBIL UNTUK DIKONGSIKAN DI YOUTUBE

Mayat Lelaki Dijumpai Tanpa Baju

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki tanpa baju dijumpai oleh orang awam di kawasan lapang Kampung Cahaya Baru Batu 3, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang, orang awam yang lalu kawasan lapang berkenaan menjumpai mayat mangsa sebelum menghubungi pihak polis.

Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan jenayah Daerah yang diketuai oleh ASP Nazri Abdul Razak bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Mayat lelaki yang tiada dokumen dan dipercayai sudah mati beberapa hari itu dijumpai tanpa baju dan hanya berseluar jeans panjang.

Pihak polis kemudiannya menghantar mayat mangsa ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, indentiti mangsa setakat ini belum dikenalpasti ekoran tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

“Punca kematian mangsa juga belum dapat dipastikan dan kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan.

Sumber [SINI]

Si "KEMBAR" Lahir Berpegang Tangan

OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.

Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.  

Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.

Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

Sumber : [KLIK SINI]

Panggilan Terputus : Syarikat Telekomunikasi DiKOMPAUN RM1.2 juta


Suruhunjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengeluarkan 28 kompaun berjumlah RM1.2 juta kepada syarikat telekomunikasi Maxis, Celcom, DiGi dan U Mobile berhubung masalah panggilan terputus yang berlaku dari Julai hingga September tahun lepas.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas ujian Extensive End-Point Service Availability Test (EESAT) yang dijalankan pada suku ketiga 2013 itu membuktikan mengenai aduan orang ramai.

"Kami menjalankan EESAT pada tahun 2013 selepas menerima banyak aduan dan laporan daripada orang ramai, NGO dan media mengenai panggilan terputus awal tahun lepas.

"Kami melihat aduan mengenai syarikat-syarikat telekomunikasi sebagai sangat serius terutamanya kerana gagal untuk memberikan perkhidmatan yang mereka janjikan kepada pengguna, namun apa-apa tindakan yang diambil terhadap mereka mestilah mematuhi proses undang-undang," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

"Ia melibatkan ujian pematuhan dan analisis kemudiannya, yang mungkin memakan masa. Oleh itu, kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana faham serta membantu kami dalam melaporkan isu-isu seperti ini kepada SKMM dan menggesa mereka untuk terus melaporkan kepada pembekal perkhidmatan mereka berkenaan semua isu yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan, terutamanya mengenai panggilan terputus," tambahnya.

Katanya, SKMM juga telah bertemu dengan ketiga pegawai eksekutif syarikat-syarikat telekomunikasi dan meminta mereka untuk mempertingkatkan usaha bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan dalam tempoh masa yang tertentu. "SKMM telah menyatakan dengan jelas bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi jika mereka gagal untuk berbuat demikian," tambah beliau.

EESAT ini dilakukan secara berkala. Pada Suku Ketiga tahun lepas, sebanyak 120 pengukuran pematuhan telah dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Kompaun telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang menunjukkan lebih daripada tiga peratus kadar panggilan terputus yang telah ditetapkan dalam Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan.

Ujian dilakukan pada suku ketiga tahun lepas menunjukkan bahawa Maxis mempunyai kadar panggilan terputus yang paling tinggi iaitu 8.16 peratus di Pendang, Kedah. DiGi pula di kedudukan kedua dan ketiga dengan 8 peratus dan 7.78 peratus kadar panggilan terputus, masing-masing di Laluan Jalan Utama dari Tuaran ke Kudat dan Laluan Jalan Utama dari Membakut ke Keningau.

Celcom Axiata Berhad telah dikenakan tujuh kompaun berasingan berjumlah RM310,000, DiGi Telecommunications Sdn Bhd menerima 11 kompaun berasingan berjumlah RM480,000, Maxis Mobile Services Sdn Bhd dikenakan sembilan kompaun berasingan berjumlah RM360,000, dan U Mobile Sdn Bhd telah dikeluarkan satu kompaun sebanyak RM50,000. - UTUSAN ONLINE

Sumber [KLIK SINI]

MB Terengganu sah letak jawatan, pengganti masih jadi tanda tanya


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya  berkuatkuasa hari ini.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada The Star Online.

Tengku Adnan berkata Menteri Besar baru akan mengangkat sumpah di Istana Syarqiyyah, Terengganu, pada pukul 8 malam ini.

Walaupun tiada nama pengganti diberikan, Ahmad Said diwar-warkan bakal diggantikan oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Topik penggantian Menteri Besar ini sebelum ini tersebar dengan luas ekoran penulisan Awang Selamat menerusi ruangan pojoknya Bisik-Bisik Awang Selamat, yang mendakwa dua Menteri Besar di negeri yang ditadbir Barisan Nasional akan ditukar tidak lama lagi.

Bagaimanapun Awang Selamat tidak menamakan Menteri Besar mana dan dari negeri mana yang dimaksudkan dalam tulisannya yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 20 April lalu.

Ahmad pula telah menyifatkan khabar angin itu sebagai sengaja dihebohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan perpaduan UMNO di negeri itu.

Katanya, desas-desus itu bukan satu perkara baru sebaliknya tidak pernah berhenti sejak beliau menerajui negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

Turut menegaskan perkara itu adalah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Abdul Rahman Bakar yang berkata Ahmad akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti mana dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, 25 April lepas.

Abdul Rahman mendakwa Najib telah memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana Menteri Besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional.

Sumber : [KLIK SINI]

483 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN DI LIMA KAMPUNG PESISIR PANTAI SEMPORNA

LAHAD DATU, (12 Mei) — Seramai 483 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang majoritinya warga Filipina ditahan dalam Ops Gasak 8 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di lima kampung pesisir pantai berhampiran pekan Semporna semalam.

Pengarah Bahagian Pertahanan ESSCOM, Mejar Jen. Datuk Masrani Paiman berkata kesemua mereka termasuk 221 wanita yang tidak memiliki dokumen sah itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.


Katanya lima kampung yang terlibat dengan operasi yang bermula 2.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 8 malam itu ialah kampung Air, Bangau-Bangau, Ubian, Panji dan kampung Hallo.

“Kesemua mereka yang tidak mempunyai dokumen sah akan ditempatkan di Pusat Tahanan Sementara Sandakan sebelum dihantar pulang ke negara asal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Masrani berkata mereka adalah antara 551 orang yang diperiksa dalam operasi bersepadu itu yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Daerah Semporna.

Ops Gasak 7 yang dilaksanakan di Kampung Long Danau, Lahad Datu pada 21 April lepas menyaksikan seorang lelaki berumur 57 tahun ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes memasang bendera Kesultanan Sulu.

Masrani berkata Ops Gasak itu, yang akan diperluaskan ke kawasan lain di Zon Selamat Timur Sabah (ESSCOM), bertujuan membersihkan ESSZONE daripada pendatang tanpa izin.

ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau, dan daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Polis percaya mangsa culik Pulau Baik masih hidup


KOTA KINABALU: Polis percaya pengurus syarikat ternakan ikan yang diculik di Pulau Baik, Lahad Datu pada Selasa lepas masih hidup.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini tiada tangkapan baharu dilakukan dan polis memberi jaminan akan menyelesaikan kes itu.

“Saya ingin yakinkan bahawa pihak polis akan memastikan keselamatan Sabah terjamin dan apa yang berlaku adalah kes terpencil (penyeludup minyak) dan penculikan yang berlaku baru-baru ini di Pulau Baik.

“Ada yang menganggap keselamatan Sabah terancam adalah tidak betul kerana kita bertindak cepat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau menghadiri kejohanan golf bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin sempena peringatan Hari Polis ke-207 Kontinjen Sabah yang disertai 104 pemain dekat sini.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dilaporkan berkata polis tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan daripada sekumpulan lelaki yang menculik pengurus syarikat itu.

Setakat ini, polis juga masih menyiasat motif sebenar kejadian culik itu.
Dalam kejadian Selasa lepas, lima lelaki bersenjata menculik Yang Zai Lin, 34, yang berasal dari Guangzhou, China kira-kira jam 2.45 pagi.

Sebulan yang lepas, seorang pelancong wanita rakyat China dan seorang pekerja resort rakyat Filipina diculik oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna. — Bernama

Blog Archive

Popular Posts

Popular Posts