Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.

Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..
...sesekali...

...sesekali...

sesekali kita perlu derita,
sesekali kita perlu kecewa,
untuk kita mengenal erti bahagia,
untuk kita mengenal erti berjaya..

sesekali kita perlu menangis,
sesekali kita perlu terhiris,
untuk kita mensyukuri nikmat yang dberi,
untuk kita mengenali diri sendiri..

ujian yang datang menguji kesabaran mengukur tahap keimanan dan meneguhkan rasa ketaqwaan..
Persembahan Nazrey Johani (Raihan) Bersama Felix Agus

Persembahan Nazrey Johani (Raihan) Bersama Felix Agus


Nazrey Johani (Raihan) akan bersama-sama dalam Mini Konsert Felix Agus & Friends.

Tarikh : Sabtu, September 26, 2009
Masa : 8:00pm - 11:00pm
Lokasi : Dewan Komuniti Kota Marudu, Sabah

Jangan lepaskan peluang ini. Rakan-rakan hanya perlu membeli tiket konsert Felix Agus untuk bersama-sama dengan kami di sana..

KLIK SINI Bagi mereka yang mempunyai facebook untuk mengetahui lebih lanjut.
...HIDUP...

...HIDUP...

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang ketiga.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian ALlah secara percuma dan
carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai...
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem …
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya … lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita …
Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada ALlah s.w.t. dalam keadaan jiwa yang tenang …
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah s.w.t. meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
… di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat ALlah s.w.t.
Allah s.w.t. is enough for us

Allah s.w.t. is enough for us

“Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah SWT and being true to Him.
And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him.
And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.”

Cara Mudah membuat permintaan Lagu di Utara.Fm

Kali ini saya akan berkongsi kepada semua cara mudah untuk membuat permintaan lagu di Utara.FM. Caranya mudah sahaja tidak memerlukan kos panggilan telefon atau SMS. Tidak perlu topupkredit rakan-rakan semua. Ada beberapa cara untuk membuat permintaan lagu di utara.Fm.

Kepada yang suka chatting boleh masuk di Chatroll Suara Anak Marudu, Chatroll UTARA.FM atau di Chatroom Komuniti Utara Sabah tetapi anda perlu Login terlebih dahulu di KUSNET.

Cara yang paling mudah ialah dengan mengisi borang permintaan lagu yang terdapat di Laman utama Komuniti Utara Sabah. Cuba lihat contoh dibawah. Klik butang permintaan lagu.

Selepas itu keluar popup seperti di bawah ini dan isikan borang tersebut selengkapnya lepas tu masukkan kod tapisan seperti yang ditunjukkan kemudian Klik hantar. Mudah kan? Sebentar lagi lagu permintaan anda akan ditunaikan oleh DJ yang bertugas.

Puasa lidah

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian

1. Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum sahaja dan perkara perkara yang membantalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota dari melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Bahkan inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan-perkata yang kotor atau sebagainya.

2. Orang yang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. Sekirany
a mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.

3. Untuk mengelak dari melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak be
ristighfar kepada Allah, berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat kepada Nabi dan sebagainya.
When you & Allah s.w.t says...

When you & Allah s.w.t says...

When you says its impossible..
Allah says all things are possible..

When you says I cant manage..
Allah says I will supply all your needs..

When you says I cant go on..
Allah says my grace is sufficient..

When you says I cant figure things out..
Allah says I will direct your steps..

When you says I cant do it..
Allah says you can do all things..

When you says Im not able..
Allah says Im able..

When you says Im afraid..
Allah says I have not given you a spirit of fear..

When you says Im always worried and frustated..
Allah says cast all your cares on me..

When you says I cant forgive myself..
Allah says I forgive you...

When you says nobdy really loves me..
Allah says I love you..

When you says I don’t have enough faith..
Allah says I have given everyone a measure of FAITH...

ALLAH IS ENOUGH FOR US!!!!
manusia sesempurna insan...

manusia sesempurna insan...

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna.. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan.. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah.. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata.. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan.. anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.."
Tapak Mendownload Your Uninstaller v6.2

Tapak Mendownload Your Uninstaller v6.2



Salam pada pendengar dan pembaca..

Kepada yang tidak tahu menguninstall perisian yang ada pada laptop atau pc anda.. di sini saya ingin berkongsikan kelebihan yang pada perisian ini..
Perisian ini amat berguna.. Selain membuang/ menguninstall perisian, ia juga boleh digunakan sebagai tempat untuk membuang cookies/sampah daripada browser internet kita..

KLIK SINI


Jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan software ini, sila tinggalkan comment anda..

Selamat datang DJ baru di UTARA.FM DJ LittleMike dan DJ Batman



Selamat datang kepada DJ LittleMike dan DJ Batman dari kami. Semakin bertambah DJ-DJ di UTARA.FM. Semoga dengan kehadiran dua orang DJ yang hebat ini akan membantu memantapkan UTARA.FM. djklupang n' friends sentiasa mendoakan UTARA.FM akan terus melangkah ke hadapan. Amin..

UTARA.FM macam biasa juga bah

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at- Tirmidzi


Pengajaran Hadis:

i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Reasons To Smile

Reasons To Smile

1. Smiling makes us attractive
We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away ,but a smile draws them in.

2. Smiling changes our mood
Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.

3. Smiling is Contagious
When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.

4. Smiling Relieves Stress
Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.

5. Smiling Boosts Your Immune System
Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. revent the flu and colds by smiling.

6. Smiling Lowers Your Blood Pressure

When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home.
Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?

7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin
Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.

8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger
The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day!you'll look younger and feel better.

9. Smiling Makes You Seem Successful
Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.

10. Smiling Helps You Stay Positive
Try this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.
Ambillah Waktu....

Ambillah Waktu....

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan, Ambillah waktu untuk bermain , itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi, Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan, Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan, Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan, Ambillah waku untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan, Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga..."
QUIT

QUIT

When things go wrong
as they sometimes will,
when the road you're trudging
seems all uphill,
when the funds are low,
and the debts are high,
and you want to smile
but you have to sigh,
when care is pressing you
down a bit...
Rest if you must,
but don't QUIT...

Success is failure
turned inside out,
The silver tint of cloud of doubt,
and you never tell,
how close you are,
It may be near when
it seems so FAR...

SO...stick to the fight,
when you're hardest hit...
it's when thing go wrongs..
that you MUSTN'T QUIT...

MONEY


WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME

WITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME

WITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP

WITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE

WITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTH

WITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECT

WITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFE

WITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE

Mini Konsert Jelajah Felix Agus di Dewan Masyarakat Kota Marudu


(D'Sulap Entertainment), Jasmin Tarmin telah menghubungi Utara.FM untuk membuat kerjasama dalam urusan promosi dan jualan tiket untuk mini konsert Felix Agus & Friends Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya'. Terus mendengarkan UTARA.FM untuk mengikuti perkembangan berkaitan Mini Konsert ini dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikannya.

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."


(Hadis riwayat Imam Tirmizi).



Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

Sembahyang Tarawih di Masjid Terapung Likas

Sempat lagi ambil gambar kenangan bersama rakan-rakan dari Kolej Yayasan Sabah


Salam buat semua rakan-rakan..

Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki di situ. Kali pertama 3 tahun lepas masa tu singgah kejap menunaikan solat Jumaat. Biasanya saya sembahyang tarawih di kampung (Pinggan-Pinggan/Salimpodon Laut) sahaja tetapi pada tahun ini berpeluang untuk bersama-sama dengan jemaah dari sekitar Kota Kinabalu. Ramai betul orang di sana dan memang seronok bersama rakan-rakan lain menunaikan solat tarawih di sana. Teringat pula masa di kampung......

Mana satu idaman kalbu?



Dua orang gadis manis ini adalah antara tetamu utara.FM yang paling menarik perhatian semasa Program 48 jam bersama DJ Utara.Fm. Saya juga tidak ketinggalan untuk bersembang-sembang dengan dua urang gadis manis nie. Memang spoting habis mereka berdua ini. Terima kasih kepada dalink dan juga sera_dc kerana sudi menjadi tetamu undangan saya bersama Dj siiputt untuk ditemubual.

Sama cantik, sama Lawa yang mana satu idaman kalbu? Bukan saya tapi lihat gambar di bawah ini. Jangan marah..
Titan Power Motor Minyak Pelincir paling baik pernah saya gunakan

Titan Power Motor Minyak Pelincir paling baik pernah saya gunakan

Salam Ramadhan kepada semua..
Saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan mengenai kehebatan minyak pelincir ini. Nah, Memang sudah dicuba dan memang baik untuk digunakan.. Jangan kasih lama kawan-kawan. Dapatkan sekarang..





Untuk Keterangan lanjut :
1. TITAN POWER MOTOR OIL
2. TITAN LOYAL MARKETING SDN BHD
Waktu Imsak dan Berbuka 2009

Waktu Imsak dan Berbuka 2009

Salam kepada semua.
Kepada rakan-rakan yang tiada dan masih tercari-cari waktu imsak dan berbuka bolehlah try download di sini untuk simpanan masing-masing supaya tidak tergelincir nanti..

KLIK SINI UNTUK MENDONLOD

Selamat mendonlod kepada semua.
Selamat berpuasa kepada semua

Selamat berpuasa kepada semua

Salam semua,

Selamat berpuasa dari kami djkupang n' friends kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga bulan yang penuh dengan keberkatan ini memberi nikmat kepada kita semua dan Semoga bulan Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita semua. Amin.

Salam ramadhan dari djkupang dan kawan-kawan.

Siapa punya angkara ini?


Bila saya belek gambar-gambar yang diambil semasa Program Siaran 48 jam bersama DJ utara.FM di Hotel Marudu inn pada 14-16 Ogos tu saya ternampak pula ini gambar. Siapa punya angkaralah ini ?

Gerai Ponet menjadi saksi, Nazrey Johani (Raihan) ditemubual

Syukur dipanjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan izinnya impian untuk membawa artis ke gerai Ponet menjadi kenyataan. Sebagai salah seorang penghuni tetap di sana saya merasa sangat bangga kerana usaha DJ rumputt selama ini bukanlah sekadar cakap kosong sebagaimana yang dilihat oleh orang sekitarnya sebagai pekerjaan yang membuang masa pada awalnya. Hari ini 18 OGOS 2009 (Selasa) semua ini menjadi kenyataan apabila Nazrey Johani bekas penyanyi utama Raihan datang ke gerai Ponet untuk ditemubual.

Sudah pasti ada orang yang bertanggungjawab untuk membawa beliau ke sana dan orang yang dimaksudkan ialah DJ ALDUSUNI dibantu oleh beberapa rakan KUSnetian dan Suara Anak Marudu (SAM). Walaupun tidak berkesempatan untuk bersama dengan rakan-rakan lain di sana tetapi saya cukup berpuas hati kerana dapat mengikuti perkembangan temubual itu melalui 'live' video. Kalau ikutkan hati memang saya tidak mahu menolak pelawaan DJ ALDUSUNI malam semalam tetapi disebabkan ada kelas awal pagi, tidaklah dapat jalan ke sana.

Tahniah kepada semua krew utara.FM yang bertungkus-lumus di gerai Ponet untuk membuat persediaan semasa majlis tersebut. Tidak lupa juga buat semua rakan-rakan pendengar utara.FM yang terus menyokong Utara.FM kerana tanpa rakan-rakan semua tiadalah Utara.FM. Akhir kata Semoga Utara.FM akan menjadi siaran Radio Online Nombor 1 di Malaysia. Amin.




Perjumpaan biasa-biasa Utara.FM

Perjumpaan biasa-biasa Utara.FM

Pada malam semalam satu perjumpaan biasa di antara rakan-rakan pendengar utara.FM bersama dengan DJ utara.FM yang dan juga seorang lagi orang kuat Suara Anak Marudu iaitu Tuan Dinakan. Selain Tuan Dinakan, saya dan juga DJ AL-DUSUNI tiga orang gadis cantik turut bersama-sama kami iaitu Sera DC, Dalink dan juga cHiBi. Sebenarnya saya mahu pos ini dari semalam lagi bah tapi masih menunggu gambar daripada dalink yang tidak sampai-sampai kepada saya (sampai sekarang belum dapat gambar tu).

Antara perkara yang sempat disembang-sembangkan semasa makan malam yang di Restoran Petani, Indah Permai (IP) ialah tuan AL-DUSUNI ada merancang aktiviti masa hadapan Utara.FM selain perjumpaan ini akan dapat mengeratkan hubungan rakan-rakan yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu.

Terima kasih atas jemputan DJ AL-DUSUNI dan kepada sera DC & Dalink juga sebab datang menjemput saya di Kolej Yayasan Sabah dan juga cHiBi (Nda ingat mana dia tinggal). Pada malam itu DJ AL-Dusuni telah bermurah hati untuk 'sponsor'. Paling penting balik juga kena hantar dan kali ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Dinakan yang kebetulan tinggal berhampiran dengan saya. Gambar akan saya masukkan kemudian.
Utara.FM : Macam biasa juga bah | Radio Online Sabahan | Radio Rasmi Gabungan NGO Sabah: Temuramah bersama Pengurus Felix Agus En. Jasmin Tarmin dan juga Ridah

Utara.FM : Macam biasa juga bah | Radio Online Sabahan | Radio Rasmi Gabungan NGO Sabah: Temuramah bersama Pengurus Felix Agus En. Jasmin Tarmin dan juga Ridah

Utara.FM : Macam biasa juga bah | Radio Online Sabahan | Radio Rasmi Gabungan NGO Sabah: Temuramah bersama Pengurus Felix Agus En. Jasmin Tarmin dan juga Ridah

Selamat harijadi yang ke*** kepada DJ Tompinai dari djkupang n' friends

DJ TOM bersama isterinya DJ NONG


Saya dan kawan-kawan mengucapkan Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-35 kepada DJ Tompinai atau dikenali sebagai DJ TOM semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu di samping keluarga yang tersayang.

sikit cerita ah... Hihi.. Semasa makan malam penutup kepada program 48 jam bersama DJ utara.Fm satu kejutan dibuat untuk menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke **(indalah saya cakap) dalam satu acara yang ringkas tetapi cukup membuatkan DJ TOM merasa cukup teruja.Isteri tersayangnya DJ NONG bersama dengan 3 HERONYA

UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAM-KUSNET (PUTRAJAYA memuji Utara.FM)

Dicatatkan oleh Tuan Dinakan

Sekalung 'TAHNIAH dan SYABAS' kepada SAM-KUSNET kerana telah berjaya mencipta rekod 48 Jam bersiaran tanpa henti................ petikan ucapan Warga PASCAB, Warga Putrajaya dan Rakan-rakan dari semananjung pada 17 Ogos 2009.

itulah antara ungkapan dan kata-kata SMS yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada pagi Isnin ( 17 Ogos 2009 - 9.20am sehingga 14.50pm ) yang diutarakan kepada saya.

antara isi kandungan yang menarik perhatian mereka ialah keprihatinan YB yang dapat meluangkan masa untuk mengutarakan pelbagai isu menarik semasa temu bual secara langsung dibuat oleh DJ yang terlibat.

Walaupun begitu, terdapat cadangan yang diutarakan oleh beberapa orang atasan yang saya rasa merupakan satu cadangan perlu diperhalusi, antaranya;

a. Siaran Langsung menggunakan Web Cam.
b. Ruangan mencelah kepada Pendengar.
c. Menyediakan topik hangat bersumberkan isu semasa.


Justeru, 'SYABAS DAN TAHNIAH SAM-KUSNET' yang mampu memukau pendengar seluruh rakyat Malaysia.
Video "Live" UTARA.FM di Konti Hotel Marudu inn

Video "Live" UTARA.FM di Konti Hotel Marudu inn





Sekalung penghargaan kepada Encik Androd Sadian (Tuan Sanguru) Penasihat Radio Online Sabahan utara.fm yang juga merupakan Pengerusi Gabungan NGO Sabah yang begitu "spoting" menemani saya dan juga DJ siiputt dalam menjayakan segmen "jangan tidur pagi". Tidak lupa juga kepada tuan WXYZ, Tuan KroniQ dan tuan Wady. Juga ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan pendengar yang tidak jemu-jemu mendengar celoteh kami di pagi hari bersempena dengan Program mencipta rekod 48 jam bersiaran bersama-sama dengan DJ-DJ utara.fm.

Rekod 48 jam bersama dj utarafm satu kepuasan

Memang mata mengantuk sangat ketika saya mencoretkan sesuatu di sini untuk dikongsikan kepada rakan-rakan yang mungkin tidak sempat bersama-sama kami sewaktu program rekod 48 jam bersama dj utarafm yang diadakan pada di Hotel Marudu inn Kota Marudu di bilik 101 bermula 14 Ogos jam 6.00 petang lalu dan berakhir pada 16 Ogos jam 6.00 petang. Alhamdulillah kini semua yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan.

Secara peribadi saya mengakui sepanjang bersama-sama mengikuti program ini, memang saya dapat merasa kepuasan tahap maksima. Terima kasih kepada rakan-rakan pendengar yang begitu setia menemankan kami sepanjang program tersebut dijalankan.

Saya akan terus meng"update" laman blog ini nanti kerana pada masa ini badan masa terasa penatnya setelah berakhirnya program tadi dan pada esok hari cabaran baru pula yang datang "esok ada kelas awal pagi". Sini ada sedikit gambar yang saya ambil pinjam dari LENSA ALDUSUNI untuk tatapan rakan-rakan semua.

Saya menjadi krew sewaktu temubual bersama bersama dengan En. Wetrom@ Mohd Fikri Ketua Bahagian UMNO yang dihoskan oleh DJ rumputt dan juga DJ Aldusuni. Kelihatan dalam gambar juga Tuan Sanguru, DJ TOM dan juga DJ NONG.

Ini pula gambar kenangan bersama Pengurus Felix Agus, Encik Jasmin Tarmin dan juga Ridah (lugai-lugai). Turut berada bersama ialah Tuan Sanguru, DJ ALDUSUNI dan DJ rumputt.

Dari kiri Tuan KroniQ, djkupang, djsiiputt, DJ ALDUSUNI, DJ rumputt dan Tuan Kulanz (Admin utarafm) bersama Brenda (Artis Sabah) dan norlihan, Pengerusi PMBS-Kota Marudu.
Berita baik Pengguna Windows XP

Berita baik Pengguna Windows XP

Adakah Windows XP anda Genuine (ORI) ? Masih tertanya-tanya lagi. Untuk mendapatkan Windows XP key yang Original memakan belanja sehingga ratusan ringgit.. Nah di sinilah dia kalau rakan-rakan mahu mendapatkan yang ORI untuk membolehkan Windows XP anda diupdate.

Saya akan memberikan perkhidmatan secara Percuma kepada pengunjung yang bertuah semasa program 48 Jam bersama DJ-DJ utara.fm yang bertempat di Hotel Marudu Inn, Kota Marudu bermula pada jam 6 petang 14 Ogos 2009 sehingga 6 petang 16 Ogos 2009. Jom kita meriahkan Program yang diadakan dengan kerjasama Gabungan NGO Negeri Sabah.

Antara kelebihan menggunakan Windows XP yang ORI boleh update Windows Media Player anda.. :)
*tertakhluk kepada perubahan
Asri Rabbani meninggal dunia

Asri Rabbani meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Allahyarham meninggalkan isteri tersayang Haliza Shahadan, 38, dan enam orang anak.

Terbaru:
Jenazah allahyarham akan dibawakan pulang ke rumah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan selepas Maghrib setelah dimandikan dan dikafankan di hospital. Ini untuk membolehkan keluarga mertuanya yang berada di Johor memberikan penghormatan terakhir.

Terkejut juga saya bila mendapat tahu berita ini melalui forum di UtaraSabah yang dipos oleh Nonie sewaktu baru balik dari kolej tadi. Industri muzik nasyid di Malaysia telah kehilangan seorang lagi bintang di antara bintang2 nasyid di Malaysia yang bertungkus-lumus menyampaikan dakwah melalui alunan lagu-lagu yang dikumandangkan.

Lagu yang paling saya tidak dapat lupakan ialah "Assalammualaikum" kerana pada zaman persekolahan lagu itu telah membawa kami menjadi johan peringkat daerah Kudat pada tahun 1998. Al-fatihah buat arwah ustaz Asri dan takziah buat keluarga tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman. Buat keluarga ustaz Asri semoga tabah menghadapi dugaanNya.
Utara.FM buat Rekod 48 jam?

Utara.FM buat Rekod 48 jam?

Saya sebenarnya masih belum pasti sama ada dapat bersama-sama dengan rakan-rakan DJ yang lain atau tidak. Walaubagaimnapun saya akan cuba balik petang Jumaat ini kerana program ini bermula pada jam 6.00 petang 14 Ogos sehingga 6.00 petang 16 Ogos 2009 , bertempat di Hotel Marudu Inn. Kalau tidak sempat, terpaksalah juga balik pada hari Sabtu 15 Ogos. Ish.. Rugi pula tidak dapat bersama dengan rakan-rakan lain selepas sekian lama bersama dengan utara.FM dari seorang pendengar biasa kini bertukar title menjadi DJ. Sekali dalam seumur hidup baini..

Mengenai Program yang akan dibuat ini saya sebenarnya masih belum merancang apa agaknya aktiviti yang saya akan buat nanti. Masih cari idea ini... Tapi yang pasti banyak aktiviti yang telah dirancang antaranya adalah temubual bersama pemimpin setempat, usahawan setempat dan juga artis-artis tempatan Sabah dan sudah pasti Nazrey Johani adalah antara artis yang ditemubual selain Abu Bakar Ellah (Orang Kita), S. Welly, Hain Jasli, Philix Don dan Ridah.

Di samping itu, segmen panggilan telefon juga akan diadakan dan sudah pasti menjanjikan hadiah yang menarik kepada pemanggil yang bertuah. Jadi jangan lupa untuk mendengarkan utara.fm pada hari dan masa yang telah ditetapkan.

Petang tadi satu perjumpaan akhir untuk program 48 Jam telah diadakan di Kota Marudu. Saya adalah yang tidak dapat hadir kerana ada kelas bah tadi.. Hehe..
Adakah Perlu Sambut Kemerdekaan?

Adakah Perlu Sambut Kemerdekaan?

Dalam kekalutan kita menyambut kemerdekaan marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah erti kemerdekaan yang sebenar?

Negara yang masih mengamalkan sistem taghut iaitu mengikut telunjuk barat dalam segenap perkara. Sebagai contoh dalam sistem perundangan yang masih lagi mengikut sistem yang digubal oleh otak manusia daripada mematuhi sistem yang digubal oleh Illahi masih lagi dipertahankan dan diagung-agungkan.

Kenapa susah sangat hendak mengikut tuntutan Pencipta kita? Jawapannya adalah keegoan yang terdapat dalam diri dan tidak mahu menerima perubahan ke arah kebaikan yang tidak dapat dikikis dalam hati.

Begitu juga dengan kemudahan jaringan network melangkau global ini yang merupakan salah satu faktor kejayaan terbesar Pakatan Rakyat dalam menyebarkan maklumat yang tepat dan telus, marilah memerdekakan minda dengan sebenar-benarnya bahawa internet bukan sahaja tempat untuk mencari maklumat dan bersosial tetapi juga merupakan salah satu sumber pendapatan jika diaplikasikan dengan cara yang betul.

Marilah sama-sama kita memerdekakan minda dari semua ini dan melakukan perubahan terhadap bangsa kita!
Seruan Kubur

Seruan Kubur

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali....

1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Nazrey Johani (Raihan) di gerai POnet?


Adeh.. macam tidak percaya bah pula saya ini tapi itulah yang sedang hangat diwar-warkan oleh rakan-rakan DJ di utara.fm. Pada 18 Ogos ini (hanya beberapa hari sebelum kita menyambut bulan ramadhan) Nazrey (gambar), bekas Vokalis utama kumpulan Nasyid terkemuka di negara kita iaitu kumpulan Raihan akan datang ke gerai POnet untuk ditemuramah. Gerai POnet terletak di daerah Pitas dan lokasinya di tepi jalan utama menuju ke Pekan Pitas dari Kota Marudu. kumpulan ini pernah meletupkan pasaran industri nasyid Malaysia satu ketika dahulu dengan jualan album sulung mereka 'Puji-Pujian' sekitar tahun 1997 sebanyak 700,000 unit.

Apa boleh buat, saya adalah antara orang yang tidak berkesempatan untuk melihat penyanyi lebih dekat lagi. Sudah tentu orang-orang di sekitar kawasan gerai POnet datang untuk menyaksikan dan mungkin mengambil gambar kenang-kenangan di sana.. Huhu

Selepas melahirkan album Syahadah pada tahun 2007, kini Nazrey Johani tampil dengan album terbarunya Nasyid Nostalgia Memori The Zikr. Nah.. kepada mereka yang ada mendengar radio utara.fm pada masa tu mungkin berpeluang untuk mendengar beliau menyanyi secara "live" dari gerai POnet.. Saya paling suka lagu puji-pujian, syukur dan juga demi masa..

Saya lampirkan sedikit pencapaian Nazrey Johani selama beliau bersama dengan kumpulan Raihan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di negara jiran yang terdekat Indonesia, Brunei dan juga Singapura.

# Kumpulan Baru Terbaik (1998)
# Album Nasyid Terbaik (Puji-Pujian) (1998)
# Album Terbaik (Puji-Pujian) (1998)
# Anugerah Kembara (1998)
# Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Syukur) (1999)
# Album Nasyid Terbaik (Syukur) (1999)
# Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Senyum) (2000)
# Album Nasyid Terbaik (Senyum) (2000)
# Anugerah Kembara (2001)
# Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Demi Masa) (2002)
# Album Nasyid Terbaik (Gema Alam) (2004)
# Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Allahu) (2005)
# Album Nasyid Terbaik (Allahu) (2005)
Be POSTIVE!

Be POSTIVE!

If anyone talks to me badly, I will stay away and and try to be calm.
If anyone tells me the truth, I will accept and never do not ever regret.
If anyone hurts my heart, I will stay calm and pray.
If anyone gives me hope, I will hold and do not keep it a bay.
If anyone looks down on me, I will take it easy and strenghthen my heart.
If anyone loses their temper, I will take a deep breath and be quiet.
And...,
If anyone needs my help, I will lend my hand and do the best.
I care for everyone's feelings and desire...
Iblis, Nafsu, Dunia, Anggota & Allah s.w.t.

Iblis, Nafsu, Dunia, Anggota & Allah s.w.t.

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu,
nafsu di sesbelah kananmu,
dunia di belakangmu,
anggota di sekelilingmu,
dan Allah s.w.t. juga bersamamu...

Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyerumu supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat maksiat. Allah S.W.T menyerumu ke arah Syurga dan keampunan-Nya...

Siapa yang menyahut seruan iblis, terkeluarlah agamanya.
Siapa yang menyahut seruan nafsu, terkeluarlah rohnya (roh kemanusiaan).
Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluarlah akalnya.
Siapa yang menyahut seruan anggota,terkeluarlah Syurganya.
Siapa yang menyahut seruan Allah s.w.t., terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan...

DJ-DJ di utarafm

gambar dJ-dJ utara.fm

Buat masa ini terdapat ramai juga Deejay di utarafm ini. Antaranya adalah DJ rumputt, DJ Al-dusuni, DJ Tompinai, DJ PP, DJ MKA DJ siiputt, DJ LUGU, DJ AKU dan 3 orang Deejay wanita iaitu DJ Tun Teja, DJ NONG dan DJ pocoyo..

DJ rumputt, DJ siiputt, DJ PP (berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang) dan DJ pocoyo bersiaran dari gerai POnet (WISMA KUSnet rakan-rakan di chatrom KUSnet menggelarnya) yang terletak di daerah Pitas manakala DJ MKA, DJ Tompinai dan DJ NONG bersiaran dari daerah Kota Marudu. Sementara itu saya dan DJ Al-dusuni (Ranau) pula bersiaran dari Kota Kinabalu. DJ AKU dan DJ Tun Teja pula bersiaran dari negeri Melaka dan DJ yang paling jauh adalah DJ LUGU berasal dari daerah Kota Marudu tetapi bersiaran dari negara Jepun kerana beliau kini berada di Jepun.

Semua DJ yang bersama dengan utara.fm adalah DJ yang berkhidmat secara sukarela untuk berkongsi info semasa sambil menghiburkan rakan-rakan pendengar.
Pengalaman pertama kali menDJ

Pengalaman pertama kali menDJ

Lucu betul bila saya ingat sewaktu percubaan kali pertama menDJ di utara.fm ini. Apa tidaknya, pada ketika itu suara saya macam mau keluar macam inda. Perasaan malu dan gementar bercampur aduk dan akhirnya suara menjadi gugup.. Adeh.. malunya..

Antara pendengar yang ada mendengar radio ketika itu ialah Tuan kulanz, Tuan Pinsan, DJ rumputt, Puan Baby, PuanSriCT, Tuan fXsNiper dan dygku kalau nda silap. walaubagaimanapun respons daripada mereka ini sangat positif dan sempat lagi PuanSriCT minta lagu dangdut.. Hihihi...

Pada masa itu baru 3 orang sahaja DJ di utarafm iaitu DJ rumputt, DJ siiputt dan saya sendiri yang dahulunya dikenali sebagai ponetfm dan atas tunjuk ajar DJ rumputt sekarang ni semakin yakin sudah untuk menDJ menghiburkan rakan-rakan pendengar di utarafm. Sekarang baru saya sedar sudah masuk lapan bulan saya menjadi DJ secara sukarela di utara.fm "Macam Biasa Juga bha"

Gambar kenangan di rumah Kak Ara

Gambar ini pula dirakam di hadapan ARAVILLA tempat kediaman kak ARA yang terletak di Kota Belud semasa perjalanan balik dari Ranau. Terima kasih diucapkan atas layanan baik Kak Ara.

Berdiri, DJ rumputt, DJ siiputt, sayalah tu, tuan WXYZ, DJ MKA, tuan Sumotire & En. Ahmad Shukri (my Father).. Duduk, cHiBi, Kak Kancil, Kak baby & Aat dan Kak Ara.

Gambar kenangan bersama Nash

Gambar ini diambil pada 25 Julai 2009 pada hari Pelancaran utara.fm di Rest House Lohan, Ranau yang dilancarkan oleh Mantan perdana malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada masa itu Nash sedang menyanyikan lagu joget menghiburkan tetamu yang datang tapi sempat lagi melayan peminat yang mahu mengambil gambar kenangan bersama beliau. Untuk pengetahuan rakan-rakan yang tidak tahu Nash adalah artis pertama yang ditemubual di utara.fm. Spoting gila Nash ni tau..

Blog Archive

Popular Posts

Popular Posts